Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Xavier: Thinagaran kenalan keluarga, bukan pembantu
Diterbitkan:  Feb 17, 2021 5:36 PM
Dikemaskini: 9:47 AM

Naib Presiden PKR Dr Xavier Jayakumar menafikan dakwaan dirinya merestui  amalan rasuah, susulan penangkapan SPRM terhadap Timbalan Pengerusi PKR Perak, MA Thinagaran - yang akrab dengannya.

Dalam satu kenyataan hari ini, Xavier yang adalah bekas menteri, berkata, Thinagaran adalah kenalan rapat keluarga dan bukannya pembantu dirinya seperti yang dilaporkan.

"Dalam laporan media baru-baru ini, nama saya dikaitkan, dan ini menimbulkan prasangka terhadap saya sebagai wakil rakyat.

"Bertindak atas nasihat keluarga dan rakan, saya tampil untuk membersihkan nama saya dengan pihak berkuasa," katanya.

Thinagaran ditahan semalam setelah menghadirkan diri ke pejabat SPRM untuk memberikan kenyataan.

Anggota SPRM juga dilaporkan menyerbu rumah Jayakumar di Klang, untuk merampas sebuah kenderaan yang dipercayai ada kaitan dengan siasatan.

Sumber mendakwa bahawa Thinagaran ditangkap berhubung siasatan terhadap sebuah projek pembangunan di Perak.

Bagaimanapun, ini masih belum dapat disahkan kerana pegawai atasan SPRM tidak dapat dihubungi pada waktu berita ini ditulis.

Dalam kenyatannya, Xavier membuat pesanan tersirat dengan menyebut bahawa keputusan penting menteri harus disetujui oleh kabinet.

"Pemimpin yang terpalit dengan rasuah harus dipertanggungjawabkan untuk memelihara integriti institusi dan kita bertanggungjawab untuk mempamerkan tadbir urus yang baik.

"Keputusan penting yang dibuat oleh kementerian mesti diluluskan secara kolektif dalam kabinet," katanya.

FMT hari ini melaporkan bahawa Thinagaran direman selama enam hari hari ini untuk membantu siasatan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS