Penduduk Balik Pulau dakwa pemimpin Umno pinggirkan mereka
Orang Melayu Balik Pulau di Pulau Pinang menolak tanggapan mereka dipinggirkan oleh kerajaan negeri sebaliknya mendakwa pihak yang meminggirkan mereka sebenarnya ialah para pemimpin UMNO sendiri.
Orang Melayu Balik Pulau di Pulau Pinang menolak tanggapan mereka dipinggirkan oleh kerajaan negeri sebaliknya mendakwa pihak yang meminggirkan mereka sebenarnya ialah para pemimpin UMNO sendiri.
Laporan muka depan akhbar berbahasa Cina, Nanyang Siang Pau hari ini menyiarkan laporan tinjauan nasib orang Melayu Balik Pulau yang jelas menyalahkan para pemimpin Umno menyebabkan mereka tersisih dari pembangunan.
Seorang penduduk asal Balik Pulau, Nordin, 46, berkata, pemimpin atasan Umnolah yang menyebabkan jurang pendapatan penduduk kawasan itu dengan kawasan lain di Pulau Pinang semakin jauh.
" Dari segi ekonomi, "orang di atas" hanya mengambil berat kepentingan mereka dan melupakan "orang di bawah"," katanya bagi mengulas dakwaan Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mengenai orang Melayu Pulau Pinang yang dipinggirkan
Nordin juga berpendapat, para pemimpin Umno membangkitkan isu peminggiran orang Melayu Pulau Pinang kerana mereka mempunyai agenda sendiri.
" Sebenarnya mereka cuba memainkan pemikiran dan sentimen rakyat untuk kepentingan mereka,"ujar beliau.
Beliau juga mendakwa, kebanyakan penduduk Balik Pulau sependapat denganya, mahu Balik Pulau dikekalkan sebagai kawasan orang Melayu dengan kehijauan seperti sekarang.
"Kami tidak mahu Balik Pulau menjadi seperti Bayan Lepas. Sekarang kawasan Tanjung (di utara pulau itu) sudah tiada orang Melayu, manakala kebanyakan orang Melayu di Bayan Lepas datang dari luar seperti Kedah dan Perak."
"Pembangunan di Pulau Pinang terlalu pesat dengan bangunan pencakar langit, kilang dan projek perumahan Oleh itu kami mahu harap kerajaan tidak membanguankan tanah di Balik Pulau demi menjaga keseimbangan alam sekitar,"tambahnya.
Nordin juga mencadangkan Balik Pulau dibangunkan dengan eko-pelancongan dan mengekalkan keistimewaannya sekarang.
Beliau juga percaya hanya di Balik Pulau sahaja masih wujud orang "Melayu Penang jati".
Isu politik
Seorang lagi penduduk yang ditemui, Mohammad Nor, 61, pula mahu Khairy datang sendiri menemui penduduk Balik Pulau sebelum membuat apa-apa kenyataan.
"Kenyataan Khairy bahawa Orang Malayu Pulau Pinang dipinggirkan tidak objektif. Oleh itu saya cadangan dia pergi menjenguk sendiri orang Melayu di Balik Pulau dan mendengar suara hati mereka," ujarnya.
Mohammad Nor berkata, isu pengiliran jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang dan orang Melayu dipinggirkan adalah isu politik dan bukan isu rakyat.
Beliau yang menjalankan perniagaan menjual nasi sejak 40 tahun di Balik Pulau juga berpendapat, lebih baik keadaan semula jadi di kampung itu dikekalkan.
"Di sini, orang Melayu, Cina dan India hidup erat, seperti sebuah keluarga besar" ujarnya.
Sebaliknya beliau mahu pemimpin Umno dan kerajaan memberi perhatian kepada kenaikan harga barang yang semakin menghimpit orang Melayu Balik Pulau.
"Sekarang hidup makin sempit, semakin susah nak cari rezeki. Siapa yang patut kita marah? Kerajaan atau Ketua Menteri Pulau Pinang?"
Meenyentuh tentang beberapa projek yang sedang dibangunkan di Balik Pulaun sekarang, Mohammad Nor terus terang berkata; "Itu bukan projek rakyat, orang tempatan tidak mendapat kebaikan daripadanya".

