Malaysiakini
BERITA

PLUS jamin Jambatan Pulau Pinang selamat digunakan

Diterbitkan

PLUS Malaysia Berhad memberi jaminan struktur keseluruhan Jambatan Pulau Pinang adalah kukuh dan selamat untuk digunakan susulan kebakaran kabel milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di bawah jambatan itu semalam.

Menurut kenyataan PLUS hari ini, kebakaran itu berjaya dipadamkan sepenuhnya pada 7.30 malam semalam dan tidak melibatkan sebarang kecederaan.

“Susulan kejadian, lorong kanan di kedua-dua hala melibatkan lokasi kebakaran akan ditutup selama beberapa hari bagi membolehkan siasatan secara bersama dijalankan oleh TNB, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta polis.

“Sepanjang tempoh berkenaan, PLUS menggalakkan orang ramai menggunakan Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah bagi mengurangkan kesesakan di Jambatan Pulau Pinang susulan penutupan lorong tersebut,” demikian menurut kenyataan itu.

- Bernama

Mulai 15 Oktober 2020, Malaysiakini versi BM memperkenalkan sistem komen baru yang lebih baik.

Untuk berhubung secara telus dan bertanggungjawab dengan pengulas lain, pembaca BM kini perlu menjadi pelanggan berbayar. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.