Inkuiri awam insiden Ahad Berdarah 5 Oktober
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) akan mengadakan inkuiri awam mengenai demontrasi yang diadakan di luar kompleks membeli-belah di Kuala Lumpur City Centre (KLCC) pada 28 Mei lalu kerana tidak mendapat sebarang jawapan daripada pihak polis mengenai status siasatannya terhadap insiden tersebut.
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) akan mengadakan inkuiri awam mengenai demontrasi yang diadakan di luar kompleks membeli-belah di Kuala Lumpur City Centre (KLCC) pada 28 Mei lalu kerana tidak mendapat sebarang jawapan daripada pihak polis mengenai status siasatannya terhadap insiden tersebut.
Pesuruhjaya Suhakam, Datuk K C Vohrah berkata, tiga pucuk surat telah dihantar kepada Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Fauzi Sahari pada 8 Ogos, 21 Ogos dan sekali lagi semalam.
"Kita tidak menerima sebarang jawapan bertulis," katanya dalam satu sidang akhbar di Kuala Lumpur semalam.
Katanya, inkuiri awam itu telah ditetapkan pada 5-6 Oktober dan 16-18 Oktober dari jam 9 pagi hingga 4.30 petang.
Vohrah, yang akan mengetuai panel inkuiri awam itu berkata, hanya Suhakam yang terbabit dalam mengadakan inkuiri tersebut. Pesuruhjaya Suhakam yang akan turut menganggotai panel inkuiri tersebut ialah Datuk Choo Siew Kioh, Datuk Michael Yeoh dan Datin Paduka Zaitoon Othman.
Kaanya, pihak sekretariat telah pula mengambil rakaman kenyataan awal daripada para saksi untuk menyiasat insiden 28 Mei lalu, di mana perhimpunan diadakan untuk membantah kenaikan harga minyak dan tarif elektrik, yang dileraikan secara kekerasan oleh pihak polis.
37 saksi
Unit Simpanan Persekutuan (FRU) telah memberi kepada sekretariat tersebut senarai nama anggota yang bertugas mengawal demonstrasi tersebut.
"Sehingga ini, pihak sekretariat telah menemuduga 37 saksi. Sapena juga akan dikeluarkan kepada saksi-saksi berkenaan, termasuk orang awam, pihak media dan pihak polis supaya memberi kenyataan mereka," katanya.
Pihak sekretariat juga, katanya, mempunyai klip video dan foto yang diambil ketika insiden tersebut, di mana sekurang-kurangnya dua orang mengalami kecederaan dan 20 lagi ditahan.
"Kami menggesa para saksi yang mengalami kecederaan serius supaya menghadiri inkuiri awam itu dan memberi kenyataan mereka...dan mereka yang memiliki klip video dan foto, kami juga menggesa supaya menghadiri inkuiri tersebut," katanya.
Mereka yang mengalami kecederaan perlu membuat salinan laporan rawatan kesihatan dan salinan foto-foto untuk menyokong dakwaan mereka, tambahnya.
Ini merupakan inkuiri awam yang kelima diadakan oleh Suhakam sejak suruhanjaya itu ditubuhkan pada April 2000.
Inkuiri awam sebelum ini diadakan bagi kes insiden Lebuhraya Kesas (2001), mengenai keadaan tahanan ISA (2002), dakwaan layanan kasar polis terhadap penduduk asli di Sabah (2004) dan kes kematian S Hendry dalam tahanan polis (2006). Bahan asal


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.