story image
mk-logo
Berita
Bukan Cina kini boleh sertai MCA sebagai ahli bersekutu
Diterbitkan:  Mar 2, 2021 4:27 AM
Dikemaskini: 4:27 AM

Warganegara bukan Cina kini boleh menyertai MCA sebagai ahli bersekutu.

Ini susulan tindakan Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang meluluskan pindaan terhadap perlembagaan MCA, yang diputuskan oleh parti itu pada 2019.

Setiausaha Agung MCA Chong Sin Woon berkata ROS juga meluluskan pindaan bahawa pemilihan parti diadakan enam bulan selepas pilihan raya umum atau 36 bulan terdahulu, bergantung kepada mana yang lebih lewat.

“Semua pindaan ini berkuatkuasa serta-merta.

“Ini juga bermakna, mulai sekarang MCA boleh menerima ahli bersekutu dalam kalangan masyarakat bukan Cina,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Sebelumn ini pada tahun 2019, timbalan presiden MCA Dr Mah Hang Soon berkata, bahawa ahli bersekutu tidak mempunyai hak untuk mengundi dalam mana-mana mesyuarat atau perhimpunan.

Bersatu dan PAS mempunyai keahlian bersekutu untuk warganegara bukan bumiputera dan bukan Islam. Anggota bersekutu kedua-dua parti itu juga tidak mempunyai hak mengundi.

Sementara itu, Chong berkata, cadangan bagi menurunkan had umur minimum keahlian parti kepada 16 tahun, sedang diteliti oleh pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) - yang mengawal selia ROS.

Umur keahlian semasa untuk MCA adalah 18.

MCA adalah parti dominan dalam politik Malaysia selama beberapa dekad. Namun, sejak tahun 2008, sokongan masyarakat terhadapnya mula terhakis - terutama kepada DAP.

Ahli Parlimen Padang Rengas Umno Nazri Abdul Aziz pada 2018 membuat kenyataan bahawa perubhaan itu menyaksikan DAP kini menjadi wakil masyarakat Cina, dan bukannya lagi MCA.

"Dari sudut pandangan saya, parti yang memenangi kerusi terbanyak Cina akan menjadi suara orang Cina. Dan itu bukan MCA," katanya.

DAP - sebuah parti berbilang kaum - bagaimanapun, mendakwa bahawa ia mewakili semua kaum di Malaysia.

Pada pilihan raya 2018, Presiden MCA Wee Ka Siong adalah satu-satu calon parti itu yang berjaya memenangi kerusi Parlimen, di Ayer Hitam dengan majoriti 303 undi.

Parti itu memperoleh kerusi Parlimen kedua pada pilihan raya kecil Tanjung Piai 2019.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen (0)
ADS
Paling Popular
Terkini
ADS