Firma Jepun sahkan pembatalan projek insinerator
Ketika kerajaan terus membisu mengenai status projek mega insinerator di Broga, firma Jepun yang mendapat kontrak untuk membinanya, mendedahkan bahawa projek tersebut telah dibatalkan.
Ketika kerajaan terus membisu mengenai status projek mega insinerator di Broga, firma Jepun yang mendapat kontrak untuk membinanya, mendedahkan bahawa projek tersebut telah dibatalkan.
Mengikut laporan Reuter, firma kejuruteraan Ebara Corp berkata, projek membina insinerator pertama di Malaysia itu yang bernilai RM1.57 bilion, telah dibatalkan.
Pembatalan projek kontroversi itu, yang menyebabkan harga saham Ebara jatuh 5.2 peratus, boleh mengakibatkan tercetusnya isu diplomati antara Tokya dan Kuala Lumpur.
Penduduk membantah cadangan pembinaan insinerator itu yang mungkin terbesar di dunia kerana bimbangkan kesannya terhadap kesihatan dan alam sekitar.
Laporan tersebut memetik jurucakap Ebara, Toshiaki Suzuki sebagai berkata, beliau menyedari tentang bantahan tersebut tetapi tidak tahu sama ada ia menjadi punca pembatalan pembinaan loji tersebut, yang berkapasiti memproses 1,5000 tan sisa buangan sehari.
Pembatalan kontrak tersebut, yang nilainya bersamaan dengan kira-kira 10 peratus perolehan Ebara pada 2005, dijangka tidak menjejaskan pendapatan firma tersebut bagi tahun kewangannya sehingga Mac depan kerana ianya berlaku di peringkat awal pembinaan projek tersebut yang dijangka memakan masa lebih tahun. Pembinaannya belum dimulakan lagi.
Tunggu pengesahan
Seorang pegawai kanan Hartasuma Sdn Bhd rakan kongsi Ebara' Malaysian untuk projek tersebut berkata beliau tidak dapat mengulas mengenainya.
"Kami sedang menunggu pengumuman rasmi kerajaan mengenai projek tersebut," katanya Mazlan Mohamad kepada Reuters .
Akhbar Straits Times Singapura melaporkan minggu ini bahawa Jepun telah mengingatkan Malaysia mengenai akibat serius jika projek tersebut dibatalkan.
Para diplomatik Jepun tidak dapat dihubungi untuk mengulas mengenainya tetapi akhbar tersebut melaporkan Kedutaan Jepun di Kuala Lumpur telah mempersoalkan mengapa Malaysia mengkaji semula projek tersebut selepas kontraknya telah diberikan.
Saham Ebara yang telah menandatangani kontrak pembinaan loji tersebut pada Oktober 2005 jatuh 5.2 peratus pada satu ketika hari ini, tetapi naik semula untuk ditutup 3.5 peratus lebih rendah pada harga 442 yen, manakala tanda aras Nikkei naik 0.42 peratus.
Walaupun sumber-sumber kerajaan telah mendedahkan bahawa projek insinerator itu telah ditangguhkan, tetapi tidak ada sebarang pengesahan rasmi mengenainya.
Jumaat lalu, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ong Ka Ting menegaskan tiada pengumuman rasmi akan dibuat mengenainya.
Pendirian kerajaan itu mengecewakan penduduk Broga yang menuntut untuk mengetahui status sebenar mengenai projek insinerator itu. Bahan asal

