Keputusan pemilihan perwakilan Kubang Pasu diumum jam 5 petang
Proses pengundian bagi memilih perwakilan Kubang Pasu ke perhimpuna agung Umno bermula kira-kira jam 12.55 tengahari.
Proses pengundian bagi memilih perwakilan Kubang Pasu ke perhimpuna agung Umno bermula kira-kira jam 12.55 tengahari.
Seramai 476 perwakilan cawangan hadir untuk mengundi dan keputusan dijangka diumumkan pada jam 5 petang ini.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan anaknya Datuk Mukhriz adalah antara 15 calon yang bertanding sebagai perwakilan ke perhimpunan agung Umno November ini.
Difahamkam, pada mulanya seramai 17 calon telah mengesahkan bertanding tetapi dua daripada mereka telah menarik diri.
Selain Dr Mahathir dan Mukhriz, 13 lagi calon ialah Shuib Din, Samsudin Ahmad, Ahmad Hamid, Wan Halim Wan Hamid, Ir Ahmad Fikri Othman, Mohd Fadzli Abdul Halim, Zulfitri Yaakob, Hassanudin Shamsudin, Ab Manaf Kecik, Datuk Zainal Abidin Abdul Hamid Jamil Ismail, Mohd Rahim Ismail, Wahid hussein.
Cara mengundi
Pengundian tersebut dikendalikan oleh Datuk Ahmad Bashah Hanifah sebagai wakil badan perhubungan Umno negeri. Beliau juga adalah Ketua Umno Alor Star.
Pengundian bermula dengan Johari bersama ahli jawatankuasa bahagian membuang undi, diikuti oleh perwakilan Pemuda, Wanita dan Puteri Umno.
Semua perwakilan diwajibkan memilih tujuh perwakilan. Jika gagal berbuat demikian, undi mereka dikira tidak sah.
Setiap bahagian Umno menghantar 13 perwakilan. Enam daripada mereka - ketua, timbalan dan naib ketua bahagian, ketua Pemuda, Wanita dan Puteri Umno - terpilih secara automatik. Tujuh lagi dipilih dalam mesyuarat bahagian.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.