Dr M tewas, Mukhriz terpilih sebagai perwakilan Kubang Pasu
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad gagal terpilih sebagai perwakilan Umno bahagian Kubang Pasu ke perhimpunan agung Umno November ini.
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad gagal terpilih sebagai perwakilan Umno bahagian Kubang Pasu ke perhimpunan agung Umno November ini.
Dalam pemilihan hari ini, beliau memperolehi 227 undi untuk menduduki tempat kesembilan daripada 15 calon yang bertanding.
Bagaimanpun, anaknya, Datuk Mukhriz berjaya terpilih sebagai perwakilan dengan memperolehi 289 undi ditempat ke-lima.
Tujuh orang perwakilan dipilih dalam mesyuarat bahagian hari ini. Setiap bahagian menghantar 13 perwakilan tujuh dipilih dalam mesyuarat bahagian manakala enam lagi ketua, timbalan dan naib ketua bahagian, ketua Pemuda, Wanita dan Puteri Umno terpilih secara automatik.
Tujuh orang calon yang berjaya terpilih sebagai perwakilan Umno Kubang Pasu ialah Ahmad Hamid (317), Samsudin Ahmad (311), Mohd Fadzli Abdul Halim (296), Shuib Din (293), Mukhriz (289), Zulkifli Yaakob (286) dan Manaf Kecik (270).
Seramai 473 perwakilan cawangan mula mengundi jam 12.55 tengahari dan keputusan diumumkan pada jam 5.03 petang ini.
Keputusan itu diumumkan oleh Ketua Umno Bahagian Alor Star Datuk Ahmad Bashah Md Hanifah selaku wakil Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah ke persidangan perwakilan itu.
Bagaimanapun, Dr Mahathir telah meninggal dewan mesyuarat kira-kira jam 3.30 petang tadi.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.