Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
15 positif lepas individu bergejala hadir majlis tahlil
Diterbitkan:  Mar 6, 2021 9:40 PM
Dikemaskini: 1:40 PM

Majlis tahlil sebuah keluarga di Terengganu baru-baru ini menyebabkan 15 orang dijangkiti wabak Covid-19, menurut Pengarah Kesihatan Terengganu Dr Nor Azimi Yunus.

Menurut Nor Azimi, jangkitan melibatkan ahli keluarga dari Johor, Selangor, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang yang pulang ke Terengganu selepas datuk meninggal dunia.

Katanya, keluarga itu kemudiannya mengadakan majlis tahlil yang dihadiri 45 orang, termasuk mereka yang mempunyai gejala wabak Covid-19.

"Dalam keluarga, ada yang bergejala yang turut serta (dalam tahlil) Ini menyebabkan jangkitan sangat tinggi.

"Sepatutnya sudah tahu bergejala, tangguhkan dulu (acara) atau patuhi prosedur operasi standard (SOP) sepenuhnya," katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Tidak jelas sama ada 15 individu itu adalah sebahagian daripada 22 kes baru yang dilaporkan di Terengganu hari ini. Daripada jumlah itu, 17 kes dikesan melalui saringan kontak rapat.

KISAH RENTAS NEGERI Ingatkan panas hingga ke petang Rupanya JOONG di tengahari. Ingatkan kes Ganu makin kurang Rupanya...

Posted by Nor Azimi Yunus on Saturday, 6 March 2021

Pada masa ini, Terengganu di bawah perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP).

Di bawah PKPP dan PKPB (bersyarat), majlis tahlil antara yang boleh diadakan.

Kata Nor Azimi lagi, insiden terbaru itu perlu dijadikan iktibar oleh orang awam agar sentiasa mengelakkan perkumpulan keluarga dalam jumlah yang besar, kecuali jika mereka benar-benar pasti tiada yang telah dijangkiti wabak itu.

Dia juga menggesa orang ramai agar mengambil tanggungjawab dan mematuhi SOP sepenuhnya.

"Bila rentas negeri tidak dibenarkan, rakyat resah dan marah.

"Tapi kalau dibenarkan tanpa ada tanggungjawab untuk sama-sama mematuhi SIP, inilah akibat yang akan kita tanggung nanti," katanya lagi.

Lihat Komen
ADS