Malaysiakini
BERITA

Polis sahkan laporan lelaki jatuh dari bangunan di Seremban

Bernama

Diterbitkan

Polis mengesahkan menerima laporan seorang lelaki yang dipercayai terjun dari tingkat tiga sebuah bangunan dikatakan di Kemayan Square, dekat Seremban, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Mohd Said Ibrahim berkata pihaknya menerima laporan polis pada 5.45 petang tadi.

"Mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala dan motif kejadian masih dalam siasatan polis," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Katanya, mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar, di Seremban untuk rawatan susulan.

Terdahulu, sebuah video berdurasi 41 saat tular di media sosial yang memaparkan seorang lelaki jatuh dari sebuah bangunan dan menimpa tong-tong sampah yang berada di tingkat bawah bangunan itu.

-Bernama

Beri pendapat anda!

Jadi pelanggan Malaysiakini untuk menjadi pengulas berita. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.