Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PAS tangguh pemilihan sehingga PRU-15 selesai
Diterbitkan:  Mar 7, 2021 12:39 PM
Dikemaskini: 4:39 AM

PAS membuat ketetapan untuk menangguhkan pemilihan parti itu sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15, kata setiausaha agungnya, Takiyuddin Hassan.

Jelas Takiyuddin keputusan penangguhan pemilihan parti dan Muktamar PAS kali ke-67 dibuat dalam mesyuarat pimpinan parti itu bagi memberi tumpuan kepada soal pilihan raya.

"PAS memutuskan muktamar akan diadakan selepas PRU-15, tak kiralah bila. Setakat ini, keputusan kita pun tak tahu bila PRU.

"Jangkaan PRU apabila darurat ditamatkan, mengambil kira jangkaan muktamar selepas PRU-15," kata Takiyuddin.

Kali terakhir pemilihan PAS berlangsung pada Jun 2019 ketika Muktamar Tahunan PAS Ke-65 di Kuantan, Pahang.

Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, dan Timbalannya, Tuan Ibrahim Tuan Man berjaya mengekalkan jawatan masing-masing tanpa bertanding.

Pemilihan itu juga menyaksikan Idris Ahmad, Mohd Amar Nik Abdullah dan Menteri Besar Terengganu, Ahmad Samsuri Mokhtar dipilih sebagai Naib Presiden PAS.

Pemilihan itu berlaku ketika PAS dan Umno menjalinkan kerjasama politik melalui Muafakat Nasional.

Lihat Komen
ADS