Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Suami isteri maut, dua anak cedera nahas jalan raya
Diterbitkan:  Mar 7, 2021 10:30 PM
Dikemaskini: 2:30 PM

Sepasang suami isteri maut manakala dua anak mereka cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Perodua Bezza dan van di Jalan Saujana Impian, Kajang dekat Kuala Lumpur petang tadi.

Dalam kejadian pada kira-kira 4 petang itu, kedua-dua mangsa berusia 42 dan 40 tahun disahkan maut di tempat kejadian selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan van dari arah bertentangan yang hilang kawalan sebelum merempuh penghadang jalan dan memasuki laluan mereka.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan berkata pemandu van bagaimanapun tidak mengalami kecederaan manakala kedua-dua anak mangsa yang cedera telah dibawa ke Hospital Kajang untuk rawatan.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

- Bernama

Lihat Komen
ADS