Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Garis panduan komen di Malaysiakini
Diterbitkan:  Mar 9, 2021 12:45 PM
Dikemaskini: 5:20 AM

Dasar dan garis panduan komen di portal Malaysiakini bertujuan memastikan kami mempunyai komuniti yang teguh, sihat dan saling menghormati di kalangan pembaca dan pengulas. Objektifnya agar kita membangun sebagai masyarakat yang berwawasan dan berpengetahuan.

Walaupun kami mengalu-alukan komen pada setiap artikel, namun kami ingin menarik perhatian terhadap komen-komen yang mungkin ditolak, ditangguhkan atau dilarang sama sekali.

Yakinlah, kami tidak mengamalkan sikap pilih kasih, atau berniat jahat ketika bertindak terhadap komen anda. 

Kita mesti sentiasa ingat bahawa kita hidup di negara yang berbilang kaum, pelbagai agama dan berbilang budaya. Oleh itu, komen, kritikan dan pertanyaan pembaca tidak boleh bersifat menyinggung perasaan rakan-rakan daripada pelbagai latar belakang.

Sebarang keputusan untuk bertindak berdasarkan komen anda adalah berdasarkan hasrat utama kami untuk bukan sahaja memberi ruang kebebasan bersuara tetapi turut bertujuan mempromosikan platform dengan pengisian pelbagai pendapat serta perbincangan sambil mengutamakan kesopanan rasa hormat.

Kami dengan senang hati sudi menjelaskan sebab-sebab mengapa kami bertindak terhadap komen anda. Ketahuilah bahawa kami mempunyai garis panduan yang perlu diikuti dan dipatuhi dengan ketat bagi membolehkan Malaysiakini terus menjadi peneraju dalam perkongsian berita dan pandangan penting.

Sekiranya anda memerlukan penjelasan mengenai dasar komen kami atau mempunyai soalan yang memerlukan jawapan, sila hantarkan e-mel kepada [email protected].

Berikut adalah beberapa soalan lazim mengapa sesuatu komen itu ditolak.

Kemungkinan besar, komen anda telah melanggar satu atau beberapa garis panduan berikut:

- Komen yang dianggap sebagai spam atau bersifat promosi.

- Komen yang menggunakan HURUF BESAR; ini mirip teriakan dalam etika ruang siber.

- Komen dan perbincangan yang berbeza dengan topik atau tidak berkaitan dengan topik.

- Kata-kata tidak sopan, bahasa kesat, penghinaan antara kaum dan agama.

- Ini juga termasuk komen yang mengancam, pornografi, mengelirukan, menyinggung perasaan atau memfitnah.

- Serangan peribadi atau tuduhan fitnah terhadap mana-mana orang.

Sila hormati satu sama lain ketika terlibat dalam perbincangan dengan rakan-rakan lain yang turut memberikan komen, dan jangan bertindak memperlekeh, mengumpan atau mengirim spam kepada mereka.

Mengapa saya digantung atau dilarang memberi komen?

Sekiranya anda terus menghantar komen dengan cara yang sama seperti yang ditolak sebelumnya, komen anda akan ditangguhan sementara atau anda akan dilarang sepenuhnya memberi komen mengenai berita di Malaysiakini.

Anda akan digantung atau dilarang sehingga anda bersetuju untuk mematuhi dasar kami.

Kami tahu anda mungkin kecewa dengan tindakan itu tetapi kami harus menguatkuasakan peraturan ini demi kepentingan semua pembaca dan pengulas kami.

Mungkinkah wujud masalah teknikal?

Ya! Kadang kala, masalahnya mungkin bersifat teknikal atau pengawasan dari pihak kami (kita hanya manusia). Anda dinasihati memohon penjelasan lebih lanjut dari kami untuk membantu menyelesaikan masalah.

Kata-kata apa yang tidak dibenarkan di bahagian komen?

Kami mempunyai senarai perkataan yang luas yang tidak dibenarkan di bahagian komen. Komen anda mungkin akan ditolak secara automatik jika anda menggunakan kata-kata seperti itu. Mereka boleh dikategorikan sebagai:

- eksplisit seksual

- memfitnah dan menghasut

- menghina dan mencerca

- perlecehan kaum, agama dan seksual

Link atau pautan kepada halaman luar juga tidak dibenarkan sama sekali.

Bolehkah saya menggunakan nama samaran semasa memberi komen atau adakah saya perlu mengenal pasti diri saya?

Anda boleh menggunakan nama samaran tetapi silakan pilih nama yang tidak mengelirukan atau meniru identiti orang lain seperti, "Najib Razak" atau "Jho Low".

Anda juga mesti menghindari daripada tidak menggunakan nama samaran yang jelas dimaksudkan untuk mencemarkan nama baik orang lain, misalnya, "Assmin".

Apakah undang-undang yang mengakibatkan terjejasnya kebebasan bersuara?

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, sejumlah individu termasuk wartawan dan aktivis, disiasat atas laporan atau komen mereka.

Anda boleh didakwa jika didapati melanggar Seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia (CMA) dan Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan.

Di bawah Seksyen 233 (1) CMA, komunikasi dalam talian adalah suatu kesalahan jika dianggap "tidak senonoh, mencabul, palsu, mengancam atau menyinggung perasaan mana-mana orang". Kesalahan ini membawa kemungkinan penjara sehingga satu tahun dan denda RM50,000.

Di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan, seseorang individu mungkin dipenjara hingga dua tahun jika didapati "sengaja menghina seseorang, berniat atau mengetahui kemungkinan provokasi atau seumpamanya akan menyebabkan menggugat keamanan masyarakat."

Sementara itu, Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan menjadikannya kesalahan yang boleh dihukum hingga dua tahun penjara untuk membuat, menerbitkan, atau mengedarkan "kenyataan, khabar angin atau laporan dengan niat untuk menyebabkan, atau yang mungkin menyebabkan, takut atau penggera kepada orang awam, atau kepada mana-mana bahagian orang awam, di mana seseorang boleh didorong untuk melakukan kesalahan terhadap negera atau terhadap ketenteraman awam. "

Selain itu, Seksyen 499 dan 500 Kanun Keseksaan adalah berkenaan dengan fitnah, sementara Seksyen 505 membincangkan "kenyataan yang menimbulkan khianat awam".

Perlu diperhatikan bahawa peruntukan kanun keseksaan sering digunakan bersama dengan Akta Hasutan atau CMA untuk menyiasat dan mendakwa mereka yang didakwa mengucapkan, menulis atau menyebarkan "komen yang menyinggung".

Juga, tuduhan liar terhadap hakim dan badan kehakiman boleh dianggap menghina mahkamah, sementara komen mengenai rasa bersalah seorang tertuduh ketika dia sedang menjalani perbicaraan pula mungkin dianggap sebagai sub judice.

Cadangan dialu-alukan

Malaysiakini berhak untuk menghapus sebarang komen yang dihantar ke laman web berita ini tanpa notis sekiranya melanggar syarat-syarat di atas.

Melangkahlah ke hadapan dan kami mengalu-alukan semua cadangan bagaimana untuk meningkatkan garis panduan dan dasar komen.

Sila hantarkan maklum balas anda untuk dipertimbangkan ke [email protected].

Terima kasih atas sokongan dan pemahaman anda. Bantulah kami menjadikan bahagian komen di Malaysiakini sebagai platform bagi rakyat Malaysia untuk membincangkan isu-isu yang sangat penting dan membantu mencari jalan keluar secara matang dalam hal melibatkan masalah yang dihadapi negara kita.

Melalui perbincangan terbuka, yang mana kita boleh bersetuju untuk tidak setuju secara sopan - kita dapat bersama-sama membina masyarakat yang lebih baik.

Selamat memberi komen!


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS