Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Asyraf: PAU hujung Mac akan putuskan soal kestabilan politik
Diterbitkan:  Mar 14, 2021 5:38 PM
Dikemaskini: 9:38 AM

Ketetapan dan kesiapsiagaan jentera parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), merupakan antara agenda penting semua ahli Umno pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2020, yang diadakan penghujung bulan ini.

Ketua Pergerakan Pemuda Umno Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata ahli parti dan rakyat juga mahu mengetahui tentang hala tuju parti bagi menghadapi PRU15 itu nanti.

“Perhimpunan Agong Umno kali ini, rakyat dan ahli kita hendak tahu apakah pendirian parti serta perancangan parti dalam menghadapi PRU.

“Kestabilan (politik) itu yang harus kita tawarkan dan putuskan dalam konteks PAU kali ini,” katanya selepas menghadiri program Gerak Gempur Pemuda Umno Negeri Sembilan, di Wisma Umno Negeri Sembilan di Seremban hari ini.

Turut hadir pada program tersebut adalah Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamad Hasan.

Asyraf berkata rakyat mendambakan politik yang stabil kerana ia adalah kunci kepada keharmonian, kesejahteraan dari segi ekonomi dan sosial.

Beliau berkata PAU kali ini adalah masa terbaik untuk menyegarkan semangat Umno dalam kalangan ahli di setiap peringkat, agar kembali kepada landasan perjuangan parti.

- Bernama

Lihat Komen
ADS