Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Korea Utara putus hubungan diplomatik dengan Malaysia
Diterbitkan:  Mar 19, 2021 1:57 PM
Dikemaskini: 5:57 AM

Korea Utara hari ini mengumumkan bahawa ia memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia susulan tindakan negara ini yang mengekstradisi seorang rakyatnya ke Amerika Syarikat (AS), untuk menghadapi tuduhan pengubahan wang haram, lapor media negara itu, KCNA.

Kementerian luar Korea Utara juga mengingatkan Washington mereka akan "membayar harga", dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh KCNA.

Pada 9 Mac lalu, mahkamah di Malaysia memutuskan bahawa seorang lelaki Korea Utara, Mun Chol Myong, boleh diekstradisi ke Amerika Syarikat untuk menghadapi pertuduhan pengubahan wang haram.

Mun ditangkap pada tahun 2019 setelah AS menuduhnya melanggar sekatan dengan membekalkan item dilarang ke Korea Utara serta terbabit dalam pengubahan wang haram menerusi sejumlah syarikat.

Dia membantah permohonan ekstradisi, dengan alasan bahawa tindakan itu bermotivasi politik.

Kementerian itu menyifatkan tindakan berkenaan sebagai 'jenayah tidak boleh dimaafkan' yang didakwa dilakukan kerana tekanan AS.

"Kementerian Luar Korea Utara mengumumkan hubungan diplomatik dengan Malaysia diputuskan secara total," menurut laporan KCNA.

Malah, katanya tindakan Malaysia itu telah menghancurkan "seluruh landasan hubungan dua hala berdasarkan penghormatan terhadap kedaulatan" yang terjalin selama ini.

- Reuters

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS