Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Lim: Sebahagian besar negara OIC benarkan Undi18, jadi apa alasan Hadi?
Diterbitkan:  Mar 29, 2021 5:45 PM
Dikemaskini: 10:16 AM

Presiden PAS Abdul Hadi Awang dicabar untuk menjelaskan "pusingan-U" yang dibuatnya dalam menarik balik sokongannya kepada pindaan perlembagaan untuk menurunkan usia pengundian menjadi 18.

Dalam satu kenyataan hari ini, Lim berkata jika tidak ada penjelasan yang tepat, ini hanya membuktikan bahawa undi Hadi menyokong pindaan di Parlimen pada tahun 2019 itu adalah tidak ikhlas.

"(Ini hanya bererti) ia bukanlah sokongan yang benar-benar jujur," kata Lim.

Dewan Rakyat meluluskan sebulat suara rang undang-undang pentadbiran Pakatan Harapan untuk menurunkan usia layak mengundi pada 16 Julai 2019.

Rang undang-undang itu sepatutnya berkuat kuasa pada Julai tahun ini. Bagaimanapun, gabungan Perikatan Nasional-BN-GPS menangguhkan proses itu hingga 1 September 2022.

Hadi berkata, partinya menyokong penangguhan itu.

"Bolehkah Hadi menjelaskan mengapa PAS menentang pelaksanaan pindaan perlembagaan ini?" soal Lim.

Namun, mengikut pengkritik, tindakan itu dirancang untuk memastikan pengundi antara 18 dan 20 tahun tidak boleh mengundi semasa pilihan raya umum berikutnya, yang dijangkakan diadakan selepas1 Ogos, sekiranya darurat ditarik balik.

Sementara itu, Lim membidas kejahilan Hadi yang tidak mengendahkan hakikat bahawa pengundian pada usia 18 semakin menjadi norma di dunia, terutama di kalangan negara anggota Pertubuhan Organisasi Negara-negara Islam (OIC).

"Bagaimana Hadi boleh jadi begitu bongkak sehingga tidak tahu yang 90 peratus daripada 57 negara dalam Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) mempunyai had umur mengundi pada usia 18 tahun — termasuklah Arab Saudi, Iran, Iraq, Turki, Jordan, Algeria, Libya dan Palestin?

"Malah, had umur mengundi di Iran untuk pilihan raya parlimen 1980 telah diturunkan daripada 18 ke 16 tahun, dan kemudian diturunkan lagi kepada 15 tahun, meskipun ia ditukar semula kepada 18 tahun pada 2007," kata Lim. 

Menurut pemimpin veteran DAP itu, di negara-negara lain seperti Brazil, Ecuador, Cuba, Nicaragua, Scotland dan Argentina, usia pengundian adalah lebih rendah - iaitu pada 16 tahun.

“Pada tahun 2007, Austria menjadi negara pertama yang membenarkan remaja berusia 16 dan 17 tahun untuk mengundi dalam pilihan raya, sebelum ia diperkembangkan buat pertama kali pada pilihan raya Parlimen Eropah 2009,” katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS