Pilihanraya kampus: Pelajar adakan protes di PWTC
Kira-kira 200 pelajar universiti berhimpun mengadakan bantahan di luar Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) petang ini untuk menyerahkan memorandum kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Kira-kira 200 pelajar universiti berhimpun mengadakan bantahan di luar Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) petang ini untuk menyerahkan memorandum kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Manakala Najib dan beberapa menteri pula mengadakan perjumpaan tertutup dengan 300 pelajar di bangunan tersebut untuk membincang isu-isu yang berkaitan dengan pelajar.
Mereka yang mengadakan bantahan tersebut adalah dari kumpulan 'anti-establishment' yang akan bertanding dengan calon-calon 'pro-establishment; dalam pilihanraya kampus minggu depan.
Menurut mereka, memorandum tersebut menggesa supaya dimansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) serta menggariskan pelbagai penyelewengan yang berlaku menjelang pilihanraya kampus yang dilihat lebih menyebelahi kumpulan pro-establishment.
Calon dari kumpulan pro-kerajaan itu dijangka menang besar di semua universiti.
Para pelajar yang berhimpun di luar PWTC dengan membawa poster dan kain pemidang, turut menarik perhatian orang awam manakala sekumpulan anggota polis turut berada di situ untuk mengawal keadaan.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.