Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Keputusan mesti secara kolektif, kata MCA ulas isu letak jawatan
Diterbitkan:  Mar 29, 2021 9:20 PM
Dikemaskini: 1:20 PM

Ketika Umno dengan gah menyatakan mereka bersedia keluar daripada kerajaan pada bila-bila masa, parti komponen BN pula dilihat lebih bersikap berhati-hati.

MCA misalnya mengingatkan keputusan parti itu akan dibuat apabila tiba masanya.

Presiden MCA Wee Ka Siong malah membangkitkan isu kebersamaan semasa membuat keputusan tersebut.

Ditemui wartawan hari ini Wee ditanya mengenai kesediaannya meletak jawatan dalam kabinet, menteri pengangkutan itu menjawab: "Saya perlu katakan, apa saja keputusan yang dibuat, ia mestikan keputusan kolektif."

Kenyataan itu dibuat Wee dalam klip video disiarkan akhbar Sin Chew Daily.

Semalam perwakilan Umno dari seluruh negara sebulat suara mengesahkan keputusan majlis tertinggi (MT) parti itu untuk memutuskan hubungan dengan Bersatu.

Mereka juga memberikan mandat kepada Ahmad Zahid Hamidi selaku presiden, serta MT Umno untuk menentukan bilakah waktu untuk semua ahli parlimen parti itu akan melepaskan jawatan dalam kerajaan.

Kata Ahmad Zahid apabila keputusan dibuat semua menteri, timbalan menteri serta pengerusi syarikat berkaitan kerajaan perlu berundur dan kegagalan berbuat demikian akan dikenakan tindakan.

Walaupun tiada tarikh jelas dinyatakan, Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan memberi bayangan langkah itu akan dibuat pada Ogos iaitu selepas darurat dijangka berakhir.

Bagaimanapun secara bersama, Umno bukanlah satu-satunya parti komponen BN yang menyertai kabinet Muhyiddin Yassin.

Wee sendiri adalah salah seorang menteri BN, selain Timbalan Presiden MIC, M Saravanan yang dilantik sebagai menteri sumber manusia.

Selain Wee, empat lagi pemimpin MCA turut dilantik menjadi timbalan menteri, manakala seorang wakil Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) turut mendapat jawatan timbalan menteri.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS