Suaram tuduh PM amal dwi-standard
Sebuah badan hak asasi manusia di Malaysia menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengamalkan sikap 'dwi-standard' apabila beliau menggesa supaya penjara tentera Amerika di Teluk Guantanamo ditutup, sedangkan kerajaan sendiri melakukan penahanan tanpa bicara.
Sebuah badan hak asasi manusia di Malaysia menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengamalkan sikap 'dwi-standard' apabila beliau menggesa supaya penjara tentera Amerika di Teluk Guantanamo ditutup, sedangkan kerajaan sendiri melakukan penahanan tanpa bicara.
Badan tersebut menggesa Malaysia supaya menghapuskan undang-undang kejam Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang digunakan untuk menahan lebih 100 orang yang disyaki sebagai anggota militan.
Dalam satu kenyataan, Suaram berkata, tiada bezanya kem tahanan ISA di Kamunting dengan penjara di Teluk Guantanamo.
"Ramai yang ditahan tanpa bicara di bawah ISA sejak bertahun-tahun lamanya. Selain menuding jari kepada Amerika, Perdana Menteri juga perlu menghantar tahanan berkenaan ke mahkamah untuk dibicarakan secara adil," katanya.
Perbicaraan yang adil
Minggu lalu, Malaysia mengutuk tindakan Amerika menahan dua rakyat Malaysia yang dipercayai ada kaitan dengan al-Qaeda.
Katanya, Washington telah melanggar undang-undang antarabangsa dalam usahanya memerangi keganasan.
Abdullah, yang juga Menteri Keselamatan Dalam Negeri menggesa Amarika supaya mengadakan perbicaraan yang adil ke atas kedua-dua rakyat Malaysia itu.
Banyak pihak yang mendesak kerajaan supaya menutup kem tahanan Kamunting dan membebaskan semua tahanannya.
Suaram berkata, sekiranya kerajaan gagal berbuat demikian maka tidak bermaknalah nasihat Perdana Menteri kepada Amerika.
Malah, katanya, Abdullah akan dianggap sebagai seorang pemimpin yang mengamalkan 'dwi-standard'. Berita asal
- AFP


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.