Seorang ahli perniagaan mahukan penjelasan bagaimana kakaknya ditemui mati dalam lokap balai polis Wangsa Maju pada malam Selasa lalu.

Monashofian Putra Zulkarnain Indra Putra (foto), 44, membuat laporan di ibupejabat polis Dang Wangi semalam, menuntut supaya dijalankan siasatan terhadap punca kematian kakaknya itu.

Menurut polis, Samiyaty Indrayani, 45, mati pada jam 11.30 malam dalam bilik kurungan dan ia telah diklasifikasikan sebagai kes kematian mengejut.

Ibu kepada lima orang anak itu ditahan di rumahnya di Ulu Klang Ahad lalu berkaitan dengan kes dadah.

Dalam laporan polis itu, Monashofian menggesa supaya disiasat, antaranya:

Mengapa seorang pegawai polis menghantar SMS mengenai Samiyaty dalam keadaan 'serius' tetapi tidak menghantarnya ke hospital.

Mengapa doktor hanya sampai di balai Wang Maju dua setengah jam selepas kakaknya meninggal dunia.

Mengapa terdapat kesan lebab pada mata, leher dan kaki Smiyaty.

Tindakan polis mengumumkan kakaknya ditahan kerana memilik dadah, sedangkan kesalahannya belum dibuktikan di mahkamah.

Menurut laporan akhbar New Straits Times hari ini, Monashofian menerima SMS daripada seorang anggota polis pada jam 9 malam kejadian tersebut.

Laporan pakar patologi menyatakan Samiyaty meninggal kerana kerana angin ahmar dan gastrik ulser. Berita asal