Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Aktivis pelajar, sarjana alam sekitar, juruterbang antara barisan pemimpin Muda
Diterbitkan:  Apr 1, 2021 2:23 PM
Dikemaskini: 6:23 AM

Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) mengumumkan kepimpinan pro-tem fasa kedua hari ini.

Beberapa pemimpin yang mereka ketengahkan termasuk aktivis pelajar berusia 18 tahun, juruterbang, dan sarjana alam sekitar.

Para pemimpin itu termasuk penambahan baru pada jawatankuasa eksekutif pusat (CEC), dan juga pengerusi untuk sembilan negeri.

Latar belakang ringkas lima pemimpin yang diketengahkan turut disertakan dalam kenyataan media Muda hari ini.

Tambahan baru dalam kepimpinan parti adalah:

CEC:
- Nurul Rifayah Muhammad Iqbal (18, aktivis pelajar)
- Lloyd Bosuin (29, usahawan dan anak jati Borneo)
- Aisyah Farhanah Mohamed (Pemegang ijazah sarjana dalam bidang alam sekitar)
- Low Kah Guan
- Khairi Zulfadhli

Pengerusi negeri
- Selangor - Hafiz Hamzani (34, juruterbang)
- Wilayah Persekutuan - Taufiq Zarak
- Johor - Mohd Azrol Ab Rahani
- Negeri Sembilan - Eric Low Chern Yuen
- Pahang - Malani Manimaharan
- Pulau Pinang - Satisvar Sundera Murthe (26, penyelidik sains)
- Sarawak - Lina Ngau Ing
- Sabah - Shahrizal Denci
- Kedah - Faqrul Asyraf

Setiausaha Agung pro-tem Muda, Amir Hadi berkata, pengerusi Perak, Melaka, Kelantan, Terengganu dan Perlis akan diumumkan kemudian.

Dia juga mengumumkan bahawa parti mererka sedang menerima permohonan dalam talian untuk mereka yang ingin berada dalam CEC.

"Jawatan itu terbuka untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama atau usia," katanya.

Lihat Komen
ADS