Ahli ekonomi: Subsidi minyak tidak tepati sasaran
Seorang perunding ekonomi berpendapat belajawan yang dibentangkan oleh Perdana Menteri sebagai pada 1 September lalu suatu yang baik, mempunyai karekter dan bercita-cita.
Seorang perunding ekonomi berpendapat belajawan yang dibentangkan oleh Perdana Menteri sebagai pada 1 September lalu suatu yang baik, mempunyai karekter dan bercita-cita.
Tony Pua, lulusan Universiti Oxford yang kini menjadi penasihat ekonomi tidak rasmi kepada parti DAP bagaimanapun berpendapat, subsidi minyak yang disalurkan oleh kerajaan sebagai suatu yang tidak baik untuk masa depan negara ini.
Dalam bahagian pertama dari tiga bahagian wawancara eksklusif dengannya ini, Pua menyentuh pelbagai aspek bajet berkenaan termasuk soal peningkatan perbelanjaan pembangunan, penurunan cukai korporat, pelepasan cukai terhadap perbelian komputer dan buku serta bidnag pendidikan.
Malaysiakini: Apa pendapat anda tentang cadangan-cadangan di dalam bajet 2007?
Pua: Secara keseluruhannya saya berpendapat ia satu bajet yang baik. Kali ini ada sedikit karekter dan cita-cita jika dibandingkan dengan tiga bajet yang terdahulu yang nyata tidak berhala tuju dan tiada apa yang menarik untuk diperkatakan.
Bajet kali ini mempunyai cita-cita besar dalam infrastruktur, perbelajaan dana beberapa perkara lain. Tetapi masih banyak perkara yang perlu diperbaiki lagi.
Bagaimanapun saya tidak begitu bersetuju dengan elemen subsidi. Cara kerajaan menyalurkan subsidi sekarang ini tidak betul, ia tidak sampai ke sasarannya, ia tidak sampai kepada orang miskin. Ini kerana orang miskin tidak mempunyai kereta, mereka naik motosikal. Orang yang menekmati subsidi ini ialah orang kaya, mereka ini memiliki kereta yang banyak.
Dari perspektif itu subsidi telah disalurkan secara tidak berkesan kerana tidak sampai ke sasaran utamanya. Kita sebenarnya mengsubsidi orang-orang yang memiliki dua, tiga buah kereta. Persoalannya sekarang bagaimana kita menyelesaikan maslah ini.
Satu lagi perkara penting ialah pelepasan cukai. Pelepasan cukai bagi pembelian komputer dan buku ini adalah perkara besar tetapi mempunyai kesan yang kecil kepada negara.
Pelepasan cukai ini memang baik tetapi sekali lagi ia lebih menguntungkan orang berpendapatan tinggi. Sesiapa sahaja yang berpendapatan antara RM8,000-9,000 akan menekmati pelepasan cukai 20 peratus dari setiap RM3,000.
Mengapa perlu orang kaya menekmati banyak subsidi sedangkan tanpa pelepasan cukaipun mereka tetap akan membeli komputer? Pelepasan cukai ini tiak relevan untuk golongan berpendapatn tinggi ini. Oleh itu dari aspek untuk menggalakkan penggunaan komputer, strategi ini tidak berkesan.
Malaysiakini: Mengapa agaknya mereka merangka strategi seperti itu?
Pua: Tiada apa yang mencurigakan dalam isu ini, saya rasa mereka hanya terlepas pandang. Mungkin kerajaan cuba mebaiki kesilapan yang lalu di mana mereka memberi pelepasan RM500 kepada setiap orang sebelum ini. Langkah itu membebankan kerana ramai orang menyalahgunakan subsidi itu. Kali mereka cuba menanganinya dengan memperkenalkan struktur pelepasan berstruktur yang seimbang tanpa meyedarinya ia adalah satu bentuk pelepasan cukai yang kurang membina.
Malaysiakini: Apa cadangan anda untuk membaikinya?
Pua: Kerajaan patut memperkenalkan insentif berasaskan geran yang diberikan terus kepada individu, samaada dalam bentuk baucer atau tunai. Kalau kita berbalik kepada sistem rebat, ia hanya akan menguntungkan mereka yang menghantar borang cukai pendapatan sahaja.
Kalau saya tidak menghantar borang cukai pendapatan, bagaimana saya hendak menekmati rebat tersebut? Oleh itu insentif perlu diberikan berasaskan geran. Samaada ia dalam bentuk baucer atau tunai atau wang simpanan, ia perlu difikirkan sedalam-dalamnya. Yang penting kesannya sampai ke akar umbi.
Malaysiakini: Apa pandangan anda tentang langkah membina sebuah universiti di Terengganu dan Kelantan?
Ia adalah satu tindakan yang baik dari segi politik tetapi bukan dari aspek meningkatkan kualiti pendidikan tinggi negara ini. Kita masih boleh menambah jumlah pelajar di universiti dan mengekalkan kualiti yang sama tanpa perlu membina universiti baru.
Terlalu banyak wang dibelanjakan untuk tujuan membina infrasatruktur sedangkan ia sepatutnya dibelanjakan untuk membina perpustakaan dan menjalankan kerja-kerja penyelidikan.
Masalah dengan kerajaan kita sekarang ialah semua yang dilakukan adalah untuk tujuan jangka pendek. Kerajaan mahu menunjukkan ia telah melakukan sesuatu di Terengganu dan Kelantan tetapi dari segi jangka panjang ia mendatangkan kesan buruk.
Kita akan menghasilkan graduan yang kurang berkualiti dan akhirnya menambah bilangan siswazah menganggur. Sekarang pun kita ada puluhan ribu siswazah menganggur - 20,000 hingga 80,000 orang. Angka ini akan terus bertambah.
Sekarang ini sebahagian daripada siswazah menganggur itu dapat diserap oleh kerajaan. Bagaimana kalau sektor perkhidmatan awam tidak mampu menampungnya lagi pada masa depan?
Dengan tambahan dua universiti baru itu, kita akan mempunyai 12-13 universiti awam, enam buah kolej universiti awam dan 22 buah universiti swasta serta kolej universiti swasta.....jumlahnya lebih 40 buah institusi...
Kita patut mencontohi Singapura yang sentiasa menjaga mutu pendidikan mereka. Singapura hanya mempunyai tiga buah universiti untuk 4.4 juta rakyatnya sedangkan kita mempunyai 40 institusi untuk menampung separuh daripada jumlah penduduk negara ini. Tidakkah kita mempunyai terlalu banyak universiti?
Jelas sekali kita tidak mempunyai wang sebanyak Singapura dengan peruntukan S$14.2 billion untuk pendidikan, di mana lebih 20 peratus disalurkan kepada ketiga-tiga buah universiti itu. Peruntukan untuk universiti-universtit kita tidak sampaipun 20 peratus sebagaimana yang dinekmati oleh universiti di Singapura itu dan lebih teruk lagi, bajet itu terpaksa dibahagikan kepada semua universiti dalam negara ini.
Malaysiakini: Apa pendapat anda tentang pertumbuhan ekonomi tahun depan?
Pua: Saya rasa jangkaan pertumbuhan kali ini agak menarik. Maksud saya kalaupun mereka menjangkakan pertumbuhan 5 peratus berbanding 6 peratus, tiada siapa akan mempersoalkannya. Saya tidak mengatakan mereka salah, tetapi saya rasa kalau mereka lebih konservatif pun, tiada siapa akan mempertikaikannya.
Malaysiakini: Adakah anda rasa sasaran 6 peratus itu sukar dicapai?
Pua: Saya membuat analisis menggunakan data yang mereka berikan dan dari situ saya bertanya bagaimana sasaran itu hendak dicapai walaupun saya tahu banyak perkara boleh diubahsuai dan dilakukan untuk mencapai peratusan tersebut.
Saya rasa angka 6 peratus itu hanya tidak boleh dicapai kalau berlaku krisis ekonomi atau krisis dunia tetapi berdasarkan keadaan semasa, untuk mencapai pertumbuhan 6 peratus itu bukanlah satu masalah .
Kalau mereka rasa angka itu sukar untuk dicapai, menjelang Mac depan mereka boleh mengadakan mini-bajet dan salurkan lebih dana. Kerajaan mempunyai wang dan saya memang terperanjat kerana kali ini kerajaan mempunyai wang.
Malaysiakini: Kerajaan nampaknya memberi peruntukan besar kepada sektor pembinaan, tidakkah ini akan menjana ekonomi?
Pua: Sektor pembinaan adalah satu sektor pertumbuhan utama bagi mencapai angka KDNK, pertumbuhan dan sebagainya. Jadi dari perspektif itu, memang benar ia akan menjana pentumbuhan. Pembinaan mendatang kesan serta merta kepada ekonomi tetapi ini tidak baik dari segi jangka panjang.
Kita kurang mengutamakan sektor pendidikan kerana sektor ini tidak mendatangkan kesan serta kepada pertumbuhan ekonomi.
Saya rasa sasaran pertumbuhan KDNK antara 5 hingga 6 peratus akan dapat dicapai dengan bajet RM27 bilion dalam sektor pemnbinaan itu.
Malaysiakini: Dengan perbelanjaan yang lebih besar kali ini, adakah kerajaan masih mempunyai rezab?
Pua: Saya rasa mereka ada rezab, lebih-lebih lagi dengan kenaikan harga minyak mentah dunia daripada AS$40 setong kepada AS$80 setong sekarang. Itu sebabnya bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kata Petronas banyak wang.
Saya rasa Perdana Menteri melakukan suatu yang betul apabila berbelanja lebih sekarang ini, setelah berjimat cermat dalam beberapa bajet yang lalu. Sebagaimana kata Dr Mahathir sebelum ini, tidak salah kalau kita berbelanja lebih sedikit asalkan jangan melebihi apa yang kita ada.
Persoalannya sekarang ialah samaada duit minyak itu dibelanjakan secara bijaksana atau dihabiskan uhntuk tujuan jangka pendek.
Bajet kita dibiayai oleh minyak. Minyak adalah seperti loteri. Apabila kita kena loteri, kita berbelanja besar, habiskan wang. Kita kena ingat, apabila minyak kering, tiada gantinya lagi.
Esok: Dominasi ekonomi China. Berita asal

