Bush beritahu Pak Lah: Permohonan maaf Pope ikhlas
Presiden Amerika, George W Bush memaklumkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdulah Ahmad Badawi semalam bahawa Pope Benedict XVI telah memohon maaf atas kenyataannya yang telah mencetuskan kemarahan umat Islam.
Presiden Amerika, George W Bush memaklumkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdulah Ahmad Badawi semalam bahawa Pope Benedict XVI telah memohon maaf atas kenyataannya yang telah mencetuskan kemarahan umat Islam.
"Presiden memaklumkan pope telah memohon maaf terhadap kenyataanya itu dan presiden yakin bahawa pope ikhlas ketika berbuat demikian," kata Pengarah Majlis Keselamatan Negara bagi Halehwal Asia Timur, Dennis Wilder.
Ditanya sama ada Abdullah puashati, Wilder menjawab: "Beliau menerima pendirian presiden mengenai perkara tersebut."
Sebelum ini, Menteri Luar, Datuk Seri Syed Hamid Albar, berkata pemohonan maaf Pope Benedict XVI ekoran kemarahan umat Islam terhadap kenyataannya yang mengaitkan Islam dengan keganasan, tidak mencukupi dan akan terus mendesak beliau membuat permohonan maaf penuh.
Ahad lalu, pope berkata, beliau kesal dengan reaksi terhadap kenyataannya itu.
"Saya kesal dengan reaksi sesetengah negara terhadap ucapan saya itu...yang dianggap menghina sensitivi umat Islam," kata pope dalam satu upacara ketika berucap dari balkoni kediamannya di Castel Gandolfo di luar Rome.
Pope Benedict membuat kenyataan mengenai mengenai Islam dalam satu ucapan di Jerman yang mengisahkan perbualan antara Maharaja Kristian Empayar Byzantine, Manuel Paleologos II dengan seorang cendekiawan Paris mengenai kebenaran agama Islam dan Kristian.
Benedict dilaporkan memetik kata-kata maharaja Byzantine itu mengenai Nabi Muhammad, iaitu: "Saya memetik kata-katanya, "Tunjuk kepadaku apakah yang baru yang dibawa oleh Muhammad, dan ia hanyalah kejahatan dan ketidak perikemanusiaan, seperti perintahnya untuk mengembangkan (ajarannya) melalui pedang."
Beliau menegaskan bahawa bahagian ucapannya itu (yang dipetik daripada kata-kata Maharaja Byzantine itu "tidak mencerminkan pemikiran peribadinya".
Pertemuan 50 minit
Isu tersebut dibangkitkan dalam pertemuan selama kira-kira 50 minit antara Bush dan Abdullah yang menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, yang membincang mengenai isu-isu penting termasuk operasi pengaman di Lebanon.
Pope membuat rujukan mengenai Islam dan Jihad dalam ucapannya tentang hubungan antara agama dan keganasan sewaktu lawatannya ke Jerman dan telah mencetuskan kemarahan umat Islam di seluruh dunia.
Pope telah memetik kata-kata Raja Byzantine itu yang mengkritik sesetengah ajaran Nabi Muhammad sebagai "kejahatan dan tidak berperikemanusian".
Wilder berkata, perbincangan of Bush dan Badawi banyak menyentuh mengenai Islam, Kristian dan Judaism dan perkara-perkara yang boleh dipelajari bersama antara satu sama lain.
Katanya, Abdullah "adalah sahabat istimewa presiden, dan sebagai negara demokrasi yang majoriti rakyatnya beragama Islam, Malaysia boleh menyumbang sebagai wadah dalam hubungan presiden Amerika dengan dunia Islam". Berita asal

