Pindaan Auku: Najib, Mustapa patut temui semua organisasi pelajar
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Mohamad patut berjumpa dan mendengar padangan dari mana-mana organisasi pelajar dan individi mengenai pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) sebelum membentangkannya di Parlimen.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Mohamad patut berjumpa dan mendengar padangan dari mana-mana organisasi pelajar dan individi mengenai pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) sebelum membentangkannya di Parlimen.
"Dengan yang demikian, pindaan terhadap Auku akan meliputi kebanyakan pandangan pelajar dan bukan setakat pelajar yang terpilih sahaja," kata Timbalan Pengerusi Belia DAP Fong Po Kuan (foto) dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Kawasan Batu Gajah mengingatkan Najib dan Mustapa bahawa mereka adalah Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pengajian Tinggi kepada semua pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan bukan setakat pelajar atau badan terpilih sahaja.
Menurut laporan media, Najib dan Mustapa enggan menemui kumpulan pelajar Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang mahu menyerahkan memorandum berhubung pindaan Auku dan pilihanraya kampus yang akan berlangsung Khamis ini.
Pada ketika itu, Najib (kanan) dan Mustapa (kiri) mengadakan perjumpaan dengan 300 perwakilan pelajar IPT bagi membincangkan isu-isu pelajar dan juga mengenai pindaan Auku.
'Pada pendapat saya, kedua-dua pemimpin ini sepatutnya menghargai kedatangan pelajar SMM yang bersedia menyampaikan pandangan terhadap isu yang turut melibatkan mereka sebagai pelajar," katanya sambil menambah tindakan pemimpin tersebut sebagai tidak bertanggungjawab.
Fong berkata, dalam proses meminda Auku, pihak kementerian dan kerajaan seharusnya menyambut baik dan menggalakkan penyerahan memorandum, perbincangan serta pertukaran pandangan.
"Dan bukan menolaknya dengan memberi alasan bahawa pelajar-pelajar ini tidak berdaftar di bawah Auku, oleh itu, tidak diberi layanan yang setaraf dengan perwakilan pelajar lain yang berdaftar.
"Kedua-dua pemimpin ini harus diingatkan bahawa mereka adalah Timbalan Perdana Menteri dan menteri yang masing-masing memegang jawatan tersebut untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab kepada semua warga pelajar IPT," tambahnya.
Sebaliknya, kata beliau, pelajar sepatutnya diberi hak untuk menyuarakan pandangan mereka "tanpa mengira sama ada mereka berdaftar atau tidak dan sama ada mereka berpandangan sehaluan atau tidak dengan kerajaan".


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.