Harga ayam naik 65 sen mulai hari ini
Harga ayam daging seluruh negara naik 65 sen berkuatkuasa hari Rabu disebabkan faktor permintaan dan bekalan semasa.
Harga ayam daging seluruh negara naik 65 sen berkuatkuasa hari Rabu disebabkan faktor permintaan dan bekalan semasa.
Pengumuman kenaikan harga ayam itu dibuat oleh Persekutuan Persatuan Penternak Malaysia dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut kenyataan itu, harga runcit ayam siang tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal kini RM5.65 sekilo berbanding RM5 sebelum ini. Harga siling yang ditetapkan ialah RM6.70 sekilo.
Menurut laporan Bernama, harga ayam siang berserta kaki, kepala, hati dan hempedal pula naik 60 sen kepada RM5.05 sen sekilo berbanding RM4.45 sebelum ini. Harga siling ialah RM6.
Harga runcit ayam hidup pula naik 50 sen menjadi RM4.20 sekilo berbanding harga siling RM5, harga pemborong ayam siang naik 60 sen menjadi RM4.45 (harga siling RM5.40), harga pemborong ayam hidup naik 50 sen menjadi RM3.70 (harga siling RM4.50) dan harga ladang naik 50 sen menjadi RM3.20 sen (harga siling RM4).
Menurut kenyataan itu lagi, biarpun mengalami kenaikan, harga ayam masih di bawah harga siling yang disyorkan oleh kerajaan.

