Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kes harian atasi ramalan kerana ketidakpatuhan SOP
Diterbitkan:  Apr 15, 2021 10:16 AM
Dikemaskini: 2:17 AM

Minggu lalu, jumlah kes harian Covid-19 terus melepasi ramalan disebabkan  ketidakpatuhan orang ramai terhadap penjarakan fizikal.

Kadar kebolehjangkitan atau R-naught (RO) di seluruh negara kembali meningkat kepada 1.14 semalam.

Kadar R0 lebih daripada 1 menunjukkan wabak berkenaan semakin meningkat.

Kadar kebolehjangkitan di beberapa negeri dan wilayah persekutuan kini melebihi 1 iaitu Sabah, Sarawak, Perlis, Terengganu, Kelantan, Perak, Kedah, Negeri Sembilan, Putrajaya dan Kuala Lumpur.

Sementara itu, kadar kebolehjangkitan di Selangor dan Melaka masing-masing turun kepada 0.98 dan 0.91 semalam, daripada lebih 1 pada 13 April lalu.

Sebelum ini negara dijangka mencatatkan kurang daripada 1,000 kes baru setiap hari pada pertengahan April sekiranya RO turun kepada 0.8 akibat pematuhan prosedur operasi standard (SOP).

Bagaimanapun, kes baru setiap hari kini direkodkan hampir 2,000 dengan 1,889 jangkitan baru dilaporkan semalam.

Bilangan kes aktif juga terus meningkat apabila kes baru mengatasi bilangan mereka yang telah sembuh.

Sebelum ini dijangkakan bahawa sekiranya kadar kebolehjangkitan meningkat kepada 1.2, kes harian boleh meningkat sehingga 2,000 sehari pada pertengahan Mei.

Keadaan itu boleh berlaku lebih cepat sekiranya kurang pematuhan orang ramai terhadap SOP.

Lihat Komen
ADS