Kabinet arah JKR siasat penyelewengan peruntukan SJKC Kung Yu
Jabatan Kerja Raya (JKR) diarah menyiasat dakwaan penyelewengan peruntukan yang telah diberikan kepada Sekolah Jenis KebangsaanCina (SJKC) Kung Yu di Muar, Johor.
Jabatan Kerja Raya (JKR) diarah menyiasat dakwaan penyelewengan peruntukan yang telah diberikan kepada Sekolah Jenis KebangsaanCina (SJKC) Kung Yu di Muar, Johor.
Arahan tersebut dibuat oleh Kabinet selepas mendengar penjelasan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Samy Vellu dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ong Ka Ting yang melawat sekolah tersebut Isnin lalu..
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mempengerusikan mesyuarat Kabinet semalam berkata, mengikut laporan Kabinet, peruntukan yang telah diluluskan ialah kira-kira RM29,000.
Bagaimanapun, nilai kerja untuk membaikpulih sekolah tersebut yang dilakukan cuma sekitar RM3,000 sahaja, katanya dalam satu sidang akhbar di Kementerian Pertahanan di Kuala Lumpur.
Beliau yang juga Menteri Pertahanan berkata berikutan terdapatnya unsur penyelewengan dalam kes ini, Kabinet telah mengarahkan JKR menubuhkan satu pasukan untuk menyiasat bagaimana perkara itu boleh berlaku.
Menurut laporan Bernama, laporan pasukan penyiasat itu perlu diserahkan kepada Kabinet.
"Kabinet memandang berat kepada perkara seperti ini...kita tidak mahu menutup sebarang kelemahan ataupun penyelewengan yang berlaku. Bukanlah hasrat kerajaan untuk menutup kes seperti ini daripada pengetahuan rakyat.
"Dalam hal ini, kes ini telah dapat dikesan dan kita (kerajaan) akan lakukan siasatan dan jika ada yang boleh disabitkan dengan kesalahan, kecuaian, salahguna kuasa atau pecah amanah atau apa-apa yang boleh disifatkan sebagai kesalahan, maka tindakan yang sewajarnya akan diambil," kata Najib.
Isu sekolah Cina itu dibangkitkan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Ong Tee Kiat baru-baru ini selepas beliau menerima aduan daripada Pengerusi MCA Bahagian Pagoh, Mong Foot Liang.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.