Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Vaksin untuk Pati: NGO sifatkan kenyataan Khairy retorik

NGO berkaitan warga asing berpandangan kenyataan Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.Khairy Jamaluddin berhubung usaha vaksinasi warga asing tanpa dokumen sebagai retorik politik.

Mereka berpendapat ia sukar dilakukan memandangkan pengalaman buruk sejumlah golongan itu apabila berdepan pihak berkuasa sebelum ini.

“Kita berterima kasih kepada Khairy atas inisiatif yang baik ini berhubung vaksinasi.

"(Tetapi) kita melihatnya sebagai retorik politik berbanding komitmen untuk melawan pandemik ini," kata Koordinator Migrant Care Alex Ong ketika dihubungi.

Pada 19 April, Khairy berkata kerajaan akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR) dan NGO lain untuk memvaksinasi pelarian di negara ini.

Alex Ong

Khairy juga berkata vaksinasi akan turut merangkumi warga negara asing tanpa dokumen. Terdahulu dia memberi jaminan golongan itu yang tampil untuk divaksin tidak akan ditangkap.

Bagaimanapun pekerja warga asing menyatakan keraguan terhadap program vaksinasi walaupun ada jaminan Khairy.

Ini mungkin disebabkan oleh beberapa tangkapan besar-besaran pendatang asing tanpa dokumen oleh Jabatan Imigresen ketika wabak Covid-19 melanda negara itu awal tahun lalu.

Mengulas lanjut, Ong berkata kebimbangan utama pada masa ini adalah integriti penguatkuasaan imigresen dalam menjalankan tugas mereka dalam membendung masalah pekerja asing tanpa dokumen.

Meskipun tidak menyalahkan jabatan imigresen yang hanya menjalankan tugas, Ong berkata pekerja asing tanpa dokumen mempunyai pengalaman buruk dan rasa teraniaya dengan jabatan itu sebelum ini.

“Ruang bagi pihak imigresen untuk membantu menjayakan program vaksinasi juga amat terhad kerana pekerja asing tanpa dokumen mempunyai persepsi pesimis terhadap mereka.

“Melarikan melarikan diri kerana rasa sangsi yang telah tertanam dalam fikiran mengenai amalan penguatkuasa imigresen yang tidak baik, antaranya kurang prihatin terhadap isu kesihatan awam,” katanya lagi.

Justeru, Ong berkata usaha meyakinkan golongan itu bukanlah sesuatu yang mudah dan pihak NGO sendiri berdepan kesukaran dalam melaksanakannya kerana kurang yakin dengan keikhlasan kerajaan.

Dalam pada itu, Khairy juga berkata majikan akan dipertanggungjawabkan untuk mendaftar pekerja asing mereka - sama ada yang memiliki dokumen atau tidak - untuk vaksinasi.

Katanya, pekerja asing akan menerima vaksin semasa Fasa 3 dan fasa sektor ekonomi, yang menurunya mungkin bermula pada bulan Jun apabila bekalan vaksin dijangka meningkat dan stabil.

Harap majikan tidak potong gaji

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Tenaganita Glorene Das berkata pihaknya belum dihubungi untuk sebarang perbincangan mengenai pendaftaran vaksin terhadap pekerja asing, terutamanya mereka yang tanpa dokumen.

Bagaimanapun katanya, satu pertemuan telah diadakan bersama oleh Organisasi Antarabangsa untuk Migrasi (IOM).

Glorene Das

“Dalam pertemuan tersebut dimaklumkan perlu ada tindakan yang benar-benar kukuh berkenaan perasaan takut (warga asing) memandangkan perasaan itu masih ada dalam komuniti mereka.

“Jika tiada sebarang jaminan daripada kerajaan berhubung perkara ini, maka proses pendaftaran (vaksinasi) itu tidak akan berjaya.

“Berdasarkan pengalaman kami sebelum ini, tiada syarikat atau majikan yang akan memudahkan proses pendaftaran untuk pekerja tanpa dokumen - ini bermakna proses yang mereka lalui akan meletakkan diri mereka dalam situasi yang amat bahaya, iaitu rasa takut diburu oleh Jabatan Imigresen,” katanya.

Bagi pekerja asing dengan dokuman yang sah pula, Glorene berharap pihak majikan tidak akan mengenakan caj melalui pemotongan gaji terhadap pekerja untuk menerima vaksin.

Lihat Komen
ADS