Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kompaun RM10,000 terhadap masjid diharap jadi iktibar
Diterbitkan:  Apr 21, 2021 1:22 PM
Dikemaskini: 8:34 AM

Kompaun RM10,000 yang dikenakan ke atas sebuah masjid di Pekan dekat Kuantan semalam diharap menjadi pengajaran kepada pengurusan masjid lain supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Pengarah Kesihatan Pahang Datuk Dr Bahari Che Awang Ngah berkata pegawai Pejabat Kesihatan Daerah Pekan mengeluarkan kompaun itu selepas mendapati pengurusan masjid tidak mendaftarkan nama jemaah seperti disyaratkan.

“Kompaun dikeluarkan agar masjid lain mengambil iktibar. Bayaran telah dibuat oleh pihak masjid dengan 50 peratus diskaun,” katanya ringkas kepada media menerusi pesanan aplikasi WhatsApp hari ini.

Hari ini tular di media sosial Pengerusi Jawatankuasa Masjid Sri Maulana di Pekan dikompaun RM10,000 kerana didakwa tidak menyediakan Kod QR MySejahtera dan buku pendaftaran pelanggan semasa pemeriksaan dijalankan 11 pagi semalam, yang perlu dijelaskan dalam tempoh 14 hari dari tarikh kompaun dikeluarkan.

- Bernama

Lihat Komen
ADS