Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Teng: Chin Tong yang tawarkan diri untuk diperbodoh Muhyiddin
Diterbitkan:  Apr 22, 2021 1:18 PM
Dikemaskini: 7:04 AM

Bekas menteri pertahanan Liew Chin Tong tidak patut mengadu berkaitan rampasan kuasa Muhyiddin Yassin dalam buku terbarunya, kata anggota jawatankuasa eksekutif DAP Teng Chang Khim.

Teng berkata, “ahli strategi hebat” itu pada 2016 bersungguh-sungguh cuba meyakinkan anggota dan penyokong DAP untuk percaya pada Muhyiddin.

Bahkan, kata Teng, Liew membawa Muhyiddin ke pemukiman parti dan tidak mahu isu seperti Sijil Pendidikan Bersepadu (UEC) sekolah Cina dibangkitkan supaya Muhyiddin tidak tersinggung.

“Hari ini dia beritahu Muhyiddin orang jahat sejak 2016,” sindir Teng.

“Kamu yang tawarkan diri untuk diperbodohkan oleh Muhyiddin. Tak perlu nak mengacum sekarang,” kata Teng lagi.

Teng Chang Khim

Teng merujuk kepada buku bari Liew bertajuk Lim Kit Siang: Patriot. Leader. Fighter yang antaranya berkata Muhyiddin menjadi perdana menteri bukan secara kebetulan.

Teng dilihat sebagai pemimpin mempunyai pandangan tidak selari dengan kepimpinan sedia ada DAP.

Dia pernah menyuarakan hasrat bersara daripada politik pada Disember 2020 dan berkata tidak akan bertanding dalam pemilihan DAP Jun ini atau pilihan raya umum akan datang.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS