Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
2,847 kes baru, lapan lagi kematian
Diterbitkan:  Apr 23, 2021 5:24 PM
Dikemaskini: 9:59 AM

Kementerian Kesihatan memaklumkan sebanyak 2,847 kes baru positif Covid-19 direkodkan setakat tengah hari tadi.

Selangor mencatat jumlah kes tertinggi iaitu sebanyak 748 berbanding purata 561 kes sehari dalam tempoh tujuh hari lalu.

Jumlah kes yang tinggi juga dicatatkan di Sarawak iaitu sebanyak 717 kes. Ini merupakan jangkitan kedua tertinggi di negeri ini, selepas 960 kes direkodkan pada 16 April.

KKM juga memaklumkan sebanyak lapan lagi kematian direkodkan, dengan jumlah angka korban kini meningkat kepada 1,415 orang.

Sementara itu sebanyak 260 pesakit menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di seluruh negara dengan 125 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.

KKM juga memklumkan lapan lagi kluster baru dikenal pasti melibatkan lima kluster pendidikan termasuk empat kluster sekolah / institusi pendidikan, dua kluster komuniti dan satu kluster tempat kerja.

Seramai 2,341 pesakit lagi sembuh sepenuhnya, menjadikan jumlah mereka yang pulih daripada penyakit itu mencecah 363,608 orang.

Berikut pecahan kes mengikut negeri:

Selangor: 748
Sarawak: 717
Kelantan: 476
Kuala Lumpur: 302
Johor: 130
Negeri Sembilan: 105
Pulau Pinang: 89
Sabah: 82
Perak: 45
Kedah: 44
Melaka: 42
Pahang: 39
Putrajaya: 14
Terengganu: 11
Labuan: 3
Perlis: 0

Perincian mengenai kluster baru:

Kluster: Jalan Roban Lama
Daerah: Saratok dan Kabong, Sarawak
Lokaliti: Jalan Roban Lama-Jalan Saratok
Kategori: Sekolah/ Institusi pendidikan

Kluster: Jalan Selirik
Daerah: Kapit
Lokaliti: Sekolah di Jalan Selirik, Kapit
Kategori: Sekolah/ Institusi Pendidikan

Kluster: Jalan Sungai Daun
Daerah: Nibong Tebal
Lokaliti: Jalan Sungai Daun, Nibong Tebal
Kategori: Sekolah/ Institusi pendidikan

Kluster: Persiaran Sri Saujana
Daerah: Kota Tinggi dan Johor Bahru
Lokaliti: Sekolah di Persiaran Sri Saujana
Kategori: Sekolah/ Institusi pendidikan

Kluster: Mempaga Satu
Daerah: Bentong dan Maran
Lokaliti: Institusi pendidikan di Mempaga 1, Karak, Bentong
Kategori: Sekolah / Institusi pendidikan

Kluster: Gong Dermin
Daerah: Kota Bharu
Lokaliti: Kampung Gong Dermin, Kota Bharu
Kategori: Komuniti

Kluster: Sri Desa
Daerah: Temerloh dan Bentong
Lokaliti: Taman Sri Desa, Kuala Krau
Kategori: Komuniti

Kluster: Jalan Bukit Bintang
Daerah: Lembah Pantai dan Titiwangsa
Lokaliti: Restoran Jalan Bukit Bintang
Kategori: Tempat kerja


Lihat Komen
ADS