Perang rebut penonton sudah bermula antara dua gergasi media Media Prima dan Astro telah bermula. Difahamkan Media Prima sedang meningkatkan kemampuan empat stesen televisyen miliknya untuk mengatasi pesaingnya itu dan sekaligus menduduki tempat pertama.

Media Prima memilik empat stesen televisyen TV3, NTV7, 8TV dan Channel 9. Ia juga memiliki stesen radion Fly FM dan Wow FM.

Rancangannya adalah seperti berikut:

Menurut sumber-sumber, 8TV akan terus memberi tumpuan kepada siaran program berbahasa Cina manakala ntv7 pula menumpukan kepada kandungan dalam bahasa Inggeris. Tumpuan Channel 9 pula adalah kepada kepada penonton Melayu di pantai timur manakala TV3 akan menjadi saluran bersepadu program Melayu.

Media Prima juga berhasrat untuk memanjangkan waktu berita Mandarin dari 15 minit sekarang (10.30 hingga 10.45 malam) kepada 30 minit untuk bersaing dengan siaran berita Mandarin di saluran Astro AEC pada wakut yang sama.

Berita di AEC, yang dibahagikan kepada dua segmen isu-isu semasa dan berita perniagaan mempunyai ramai penonton.

Perang rebut penonton

Manakala agensi berita nasional, Bernama telah menandatangani perjanjian dengan Astro untuk menyediakan kepada saluran televisyen tersebut, program berita dalam pelbagai bahasa.

Apabila kontrak itu berkuatkuasa pada April 2007, ia akan menyaksikan kerjasama baru antara Astro dan Bernama di mana Astro menyediakan slot masa untuk agensi berita nasional itu menerbitkan program berita selama 30 minit manakala hasil iklan akan dikongsi bersama.

Sementara itu, Media Prima mengumumkan bahawa berita Mandarin di 8TV yang disiarkan pada jam 6.30 petang dari hari Isnin hingga Jumaat, akan dipindahkan kepada jam 9 malam setiap hari. Ini bermakna masa penyiarannya adalah sama dengan masa penyiaran berita Mandarin di RTM2.

Walaupun Kementerian Penerangan telah mengumumkan bahawa stesen televisyen hanya dibenarkan menyiarkan berita dalam bahasa Melayu pada waktu perdana, Media Prima telahpun mendapat kelulusan untuk melaksanakan rancangannya itu.

Selain dari itu, difahamkan bahawa Media Prima juga telah mendapatkan kelulusan untuk ntv7 menyiarkan berita dalam bahasa Inggeris pada jam 8 malam mulai 1 Januari 2007.

Channel 9, yang kini memperolehi bahan berita dalam bahasa Melayu dari ntv7, akan mula menerbitkan program beritanya sendiri tidak lama lagi, manakala 8TV telah menambahkan program bahasa Cina daripada 45 peratus kepada 60 peratus.

Perubahan mendadak

Satu lagi langkah strategik Media Prima ialah untuk mengubah masa siaran siri drama Korea di ntv7 stesen televisyen yang diambilalihnya Oktober lalu bagi mengelak pertembungan masa siaran dengan drama Korea di 8TV.

Para penganalisa Media berkata, ia bertujuan untuk bersaing dengan saluran popular Wah Lai Toi di Astro, yang menawarkan pelbagai drama Kantonis.

"Media Prima faham adalah mustahil untuknya bersaing dengan faktor kepelbagaian yang terdapat di saluran Wah Lai Toi. Jadi syarikat itu berharap untuk memenangi penonton melalui siaran drama Korea," kata mereka.

Satu lagi faktor penting ialah penekanan Media Prima terhadap siaran perlawanan bolasepak peringkat antarabangsa hak siaran ini belum lagi diperolehi oleh pesaingnya.

Kelebihan utama Astro bagaimanapun ialah kepelbagaian pilihan yang ditawarkannya. Baru-baru ini, ia menambah tujuh lagi saluran baru, yang mendapat sambutan hebat daripada kalangan kanak-kanak dan remaja.

Khabar angin tersebar luas bahawa Media Prima sedang 'mengintai' untuk memiliki MiTV sebuah stesen televisyen berbayar yang baru ditubuhkan.

Media Prima Berhad, yang ditubuh dan dilancarkan pada September 2003, dikaitkan dengan Umno. Syarikat tersebut memilik 43 peratus pegangan dalam kumpulan akhbar New Straits Times Press (NSTP) yang menerbitkan akhbar harian New Straits Times , Malay Mail, Berita Harian dan tabloid Harian Metro .

Jadi para penonton, tunggulah pilihan yang bakal ditawarkan menerusi persaingan hebat antara dua gergasi media Media Prima dan Astro. Berita asal