Sasaran 30 peratus ekuiti bumiputera sudah tercapai, kata kajian Asli
Sasaran 30 peratus pemilikan ekuiti korporat bumiputera di bawah Dasar Ekonomi Baru (NEB) telah melebihi matlamatnya, tetapi ini tidak boleh dijadikan ukuran yang berkesan mengenai pemilikan kekayaan orang Melayu, demikian menurut satu kajian terbaru.
Sasaran 30 peratus pemilikan ekuiti korporat bumiputera di bawah Dasar Ekonomi Baru (NEB) telah melebihi matlamatnya, tetapi ini tidak boleh dijadikan ukuran yang berkesan mengenai pemilikan kekayaan orang Melayu, demikian menurut satu kajian terbaru.
Kajian yang dijalankan oleh Institut Kepimpinan dan Strategi Asia (Asli) menganggarkan angkanya di sekitar 45 peratus, berdasarkan pada perangkaan Bursa Malaysia bagi bulan September 2005.
Kajian tersebut yang bertajuk "Pengagihan Ekuiti Korporat Trend Masa lalu dan Dasar Akan Datang' menganggarkan bahawa 70 peratus pemilikan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dianggap sebagai milik bumiputera.
Berdasarkan kepada laporan 2005 oleh UBS Equity Research Malaysia, kata kajian itu lagi, ia menunjukkan bahawa GLC menguasai sehingga kira-kira satu pertiga daripada jumlah nilai pasaran pada waktu berkenaan.
Dalam satu pertemuan baru-baru ini, Pengarah Pusat Kajaian Dasar Awam Asli, Dr Lim Teck Ghee berkata, laporan UBS itu menunjukkan 10 GLC utama termasuk Tenaga Nasional, Telekom Malaysia, Maybank Bhd menguasai sehingga kira-kira satu pertiga daripada nilai pasaran pada 2005.
Ditanya mengenai asas-asas yang digunakan untuk membuat anggaran 70 peratus itu, beliau berkata: "Kajian kami diasaskan kepada maklumat terbaik yang diperolehi dan pendapat pakar. Kerajaan tidak menyediakan dengan mudah data (kepada awam)," katanya.
Salah keutamaan
Menurut Lim, kajian Asli itu bertujuan untuk menyediakan data terkini bagi menyokong hujah bahawa sasaran 30 peratus di bawah DEB telahpun tercapai.
"Saya dan ramai lagi pakar percaya bahawa keperluan 30 peratus ekuiti korporat bumiputera itu sama ada dimansuhkan atau diperbaharui," katanya.
"Pertamanya, ianya adalah sebahagian daripada program lebih besar DEB yang seharusnya berakhir pada 1990. Ianya kini sudah lebih 15 tahun.," katanya
Menurut nya, program DEB telahpun lama mencapai objektifnya untuk melahirkan masyarakat perniagaan Melayu yang dinamik dan mewujudkan golongan berada dan kelas pertengahan Melayu.
Lim mengingatkan jika mereka berterusan diberi 'tongkat', ianya hanya akan menggalakkan amalan ingin cepat kaya dan menimbulkan banyak lagi masalah dan ketidakcekapan yang boleh menjejaskan kepentingan negara.
Daripada mewujudkan kaum yang berasaskan kepada pemilikan ekuiti korporat, katanya, adalah lebih jika kerajaan menggalakkan persaingan, peningkatan kecekapan dan produktiviti dalam ekonomi negara.
Lebih ketelusan
Berdasarkan hasil kajian tersebut, Lim berharap kerajaan akan meningkatkan ketelusan dan menyatakan kaedah yang digunakan oleh kerajaan dalam menghasilkan perangkaannya sendiri.
Cadangan Asli itu telah diterbitkan Februari lalu untuk pelbagai agensi kerajaan, dan ia juga turut diedarkan kepada pelbagai pihak, termasuk ahli-ahli Parlimen.
DEB dilancarkan selepas insiden rusuhan kaum pada 1969 dengan matlamat untuk merapatkan jurang sosio-ekonomi antara kaum.
Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) telah menyemak semula sasaran 30 peratus sehingga tahun 2020, dan menyatakan antara tahun 2000 dan 2004, ekuiti bumiputera masih di tahap 18.9 peratus.

