Pemimpin Msia desak Kuan Yew minta maaf
Para pemimpin Malaysia menuntut Menteri Menteri Singapura, Lee Kuan Yew supaya memohon maaf berhubung kenyataannya yang mendakwa masyarakat Cina di Malaysia telah dipinggirkan.
Para pemimpin Malaysia menuntut Menteri Menteri Singapura, Lee Kuan Yew supaya memohon maaf berhubung kenyataannya yang mendakwa masyarakat Cina di Malaysia telah dipinggirkan.
Menteri Pertanian, Tan Sri Muhyiddin Yassin dipetik oleh akhbar New Sunday Times (NST) sebagai berkata Lee mesti memohon maaf kepada Malaysia.
"Kita memandang berat komen tersebut. Lee mesti memohon maaf dan memperjelaskan segera kenyataanya itu," kata beliau yang juga Naib Presiden Umno.
Jumaat lalu, di luar mesyuarat Bank Dunia-Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) di Singapura, Lee dipetik oleh agensi media asing sebagai berkata sikap Malaysia dan Indonesia terhadap Singapura dibentuk oleh cara layanan mereka terhadap etnik Cina minoriti di negara mereka sendiri.
Lee mendakwa Malaysia dan Indonesia mempunyai masalah dengan kaum Cina di negara masing-masing kerana etnik itu berjaya serta bekerja kuat, justeru mereka dipinggirkan secara sistematik.
Jalankan siasatan
NST juga tutur memetik Menteri Luar, Datuk Seri Syed Hamid Albar yang menyifatkan kenyataan Lee itu sebagai satu hasutan.
"Bukan sahaja tidak benar, malah ia merupakan satu hasutan. Mengapa mereka mahu menghasut rakyat kita supaya tidak senang dengan kerajaan?" katanya.
"Saya akan menulis kepada beliau. Saya mahu beliau memperjelaskan kenyataannya itu," tambah Syed Hamid, sambil menambah kenyataan seumpama boleh mencetuskan ketegangan kaum.
Penduduk Malaysia berjumlah 26.6 juta yang terdiri daripada kira-kira 60 peratus Melayu-Islam dan kaum Cina yang berjumlah kira-kira 26 peratus menguasai sebahagian besar bidang ekonomi.
- AFP


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.