Malaysiakini
BERITA

Hamid serah Tongkat Kuasa Ketua Polis pada Acryl Sani

Diterbitkan

Tan Sri Abdul Hamid Bador hari ini menyerahkan tugas dan Tongkat Kuasa Ketua Polis Negara kepada Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani di Mes Pegawai Kanan Bukit Aman, di Kuala Lumpur.

Majlis serah terima tugas jawatan nombor satu Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu, disaksikan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ismail Mohamed Said.

Acryl Sani akan memulakan tugas sebagai Ketua Polis Negara berkuat kuasa esok.

Pelantikan Acryl Sani mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dengan nasihat Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, atas perakuan Suruhanjaya Pasukan Polis.

Tongkat Kuasa jawatan berkenaan diserahkan kepada Acryl Sani sambil disaksikan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.

- Bernama

Beri pendapat anda!

Jadi pelanggan Malaysiakini untuk menjadi pengulas berita. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.