Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Mahkamah tolak permohonan kerajaan ketepi saman isu kerakyatan anak

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengekalkan saman yang difailkan kumpulan hak asasi Family Frontiers dan enam wanita, yang meminta hak kerakyatan automatik kepada anak wanita warganegara dengan lelaki asing yang lahir di luar negara.

Mahkamah hari ini membatalkan permohonan kerajaan untuk mengetepikan saman tersebut.

Hakim Akhtar Tahir memutuskan saman yang difailkan melibatkan isu yang bukan bersifat remeh tetapi penting kerana berkaitan kewarganegaraan.

Dia berkata ia melibatkan isu diskriminasi dalam undang-undang kerakyatan negara terhadap wanita Malaysia, dan kerajaan perlu memberi justifikasinya ketika pendengaran penuh saman tersebut.

Dia kemudian menetapkan 30 Jun sebagai tarikh pendengaran saman pemula yang difailkan Family Frontiers dan enam wanita tersebut.

Pada 18 Disember lalu, tujuh plaintif meminta mahkamah mengisytiharkan agar wanita Malaysia yang berkahwin dengan warga asing dapat secara automatik mewariskan kewarganegaraan kepada anak mereka yang lahir di luar negara.

Ia selepas kerajaan menolak untuk memberi kebenaran itu. Kerajaan merupakan defendan dalam saman tersebut.

Kerajaan sebelum ini memohon saman itu diketepikan atas dasar ia "remeh dan menyusahkan".

[Baca berita asal]

ADS