Kjaan rancang terbit bond Islam bernilai RM2.76bilion
Syarikat pelaburan kerajaan, Khazanah Nasional mungkin menerbitkan bon Islam bernilai sehingga RM2.76 bilion.
Syarikat pelaburan kerajaan, Khazanah Nasional mungkin menerbitkan bon Islam bernilai sehingga RM2.76 bilion.
"Permintaan terhadapnya amat tinggi sekali," lapor Business Times yang memetik sumber industri, sambil menambah, Khazanah telah melawat Timur Tengah untuk tujuan tersebut.
Menurutnya, bond tersebut boleh ditukar kepada saham Telekom Malaysia Bhd yang dikuasai oleh Khazanah.
"Para pelabur mempunyai hingga hari ini (Rabu) untuk membida bond tersebut," kata laporan Business Times lagi.
Khazanah telah melantik CIMB, HSBC Holdings plc dan UBS AG untuk membantu urusan penerbitan bond tersebut. Katanya, dana itu akan digunakan untuk membiayai aktiviti umumnya.
Pemimpin pembankan Islam
Amalan kewangan Islam mengharamkan bayaran dan penerimaan riba atau sebarang urusniaga yang membabitkan barangan beralkohol atau perjudian, yang diharamkan oleh al-Quran.
Khazanah memiliki aset bernilai AS$16 bilion, antaranya pegangan dalam Tenaga Nasional dan Telekom Malaysia.
Malaysia kini merupakan pemimpin Asia dalam pembankan Islam selepas memperkenalkan perkhidmatan tersebut pada 1983.
Untuk mengukuhkan lagi kedudukannya, Malaysia telah meliberalkan sistem kewangan Islamnya serta mempromosi dirinya sebagai pusat pendidikan kewangan Islam.
Khazanah telah dipertanggungjawabkan oleh kerajaan Malaysia untuk memegang dan menguruskan aset-aset komersialnya sejak 1993.
- AFP

