Kjaan disaran dedahkan kaedah pengiraan ekuiti bumiputera
Jika tiada apa yang hendak disembunyi oleh kerajaan, maka ia perlu mendedahkan kaedah yang digunakan untuk mengira peratusan pemilikan ekuiti korporat bumiputera.
Jika tiada apa yang hendak disembunyi oleh kerajaan, maka ia perlu mendedahkan kaedah yang digunakan untuk mengira peratusan pemilikan ekuiti korporat bumiputera.
Bercakap di forum anjuran DAP di Kuala Lumpur malam tadi, Pengarah Pusat Kajian Dasar Awam, Institut Kepimpinan dan Strategi Asian (Asli), Dr Lim Teck Ghee berkata:
"Jika ada sesiapa yang ingin mencabar angka tersebut, kami bersedia untuk membincangkannya dengan mereka. Dan kami harap kerajaan akan mengambil inisiatif untuk memberi data.
"Jika tiada apa yang hendak disembunyikan, jika mereka kata data mereka betul dan kita punya salah, maka marikah kita bincang secara terbuka. Kita adakan sesi perbincangan akademik yang objektif mengenainya."
Dalam kajian bertajuk "Pengagihan Ekuiti Korporat Trend Masa lalu dan Dasar Akan Datang' Asli menganggarkan menganggarkan pemilikan ekuiti korporat bumiputera di sekitar 45 peratus, berdasarkan pada perangkaan Bursa Malaysia bagi bulan September 2005.
Angka ini bercanggah dengan statistik yang didedahkan dalan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) yang menyatakan pemilikan ekuiti bumiputera kekal di tahap 18.9 peratus, antara tahun 2000 hingga 2004.
Pemilikan ekuiti korporat bumiputera bertujuan untuk merapatkan jurang sosio-ekonomi antara kaum di bahawa Dasar Ekonomi Baru selepas insiden 13 Mei 1969.
Dr Lim berkata, kajian tersebut diasaskan kepada maklumat terbaik yang diperolehi dan pendapat pakar. Kerajaan tidak menyediakan dengan mudah data (kepada awam.
Di bawah OSA
"Banyak data yang sukar diperolehi. Ianya di bawah Akta Rahsia Rasmi dan sebagainya. Jadi, kami lakukan yang sebaik yang boleh kami lakukan," katanya di forum tersebut.
Menurutnya, setiap syarikat yang hendak disenaraikan perlu memenuhi syarikat keperluan 30 peratus saham bumiputera, jika tidak, ia tidak akan disenaraikan.
Oleh itu, katanya, suka tidak suka mereka terpaksa memperuntukkan 30 peratus saham untuk bumiputera.
Manakala, bagi orang Melayu pula, katanya, di samping peruntukan 30 peratus tersebut, mereka juga boleh membeli saham di pasaran.
Dr Lim menjelaskan, sebab utama mengapa pemilikan bumiputera jatuh kepada 18 peratus ialah kerana mereka menjual saham mereka untuk cepat untung.
Menurutnya, ia merupakn satu logik pasaran yang malah menjadi pegangan mereka di Wall Street iaitu menjualnya ketika harga tinggi," katanya.
Beliau menegaskan bahawa kerajaan tidak seharusnya dihantui oleh matlamat pemilikan ekuiti korporat ini dan DEB sendiri sudah tidak relevan lagi.
Silap fakta
Sementara itu Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu (DPMM) Kedah, Datuk Zainol Abidin Abdul Hamid ketika dihubungi pula berkata, kajian itu tidak boleh diterima kerana fakta yang dikemukakan adalah tidak betul.
"Kerajaan sendiri kata pemilikan ekuiti korporat bumiputera antara 18 dan 19 peratus macam mana Asli boleh kata sampai 45 peratus," tanyanya.
Beliau berkata, kajian tersebut menimbulkan tanya-tanya dan sehubungan itu pihaknya menganggap ia tidak perlu diberi perhatian serius.
Zainol Abidin juga berkata, secara keseluruhannya pemilikan ekuiti tidak menggambarkan kejayaan usahawan bumiputera.
Katanya, pembabitan usahawan bumiputera masih rendah dan mereka juga terpaksa bersaing dengan syarikat GLC dan agensi kerajaan negeri. Berita asal


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.