Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini melaporkan 3,807 kes baru berbanding, 3,733 kes Covid-19 yang dicatatakan semalam. Jumlah itu kembali meningkat berbanding tiga hari lalu yang melebihi 4,000 kes.
Ini menjadikan kes kumulatif Covid-19 di dalam negara kini 444,484 kes.
"Semua negeri mencatatkan kes baharu hari ini. Negeri mencatatkan pertambahan kes terendah ialah Labuan dan Perlis, masing-masing tiga kes," kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.
Dia juga memaklumkan bahawa, sehingga 12 tengah hari ini, terdapat 17 kes kematian disebabkan oleh Covid-19 dilaporkan. Semalam, 26 kematian dilaporkan yang merupakan angka tertinggi pernah dicatatkan. Rekod tertinggi terakhir adalah pada 18 Feb lalu dengan 25 kematian.
Pecahan mengikut negeri adalah seperti berikut:
Selangor - 1,149 (144,419)
Sabah - 96 (58,953)
Johor - 257 (48,228)
WP KL - 320 (47,218)
Sarawak - 649 (35,809)
Pulau Pinang - 245 (22,146)
Negeri Sembilan - 144 (19,900)
Kelantan - 329 (17,430)
Perak - 119 (15,723)
Kedah - 224 (11,422)
Melaka - 88 (8,089)
Pahang - 77 (5,866)
Terengganu - 93 (4,941)
WP Labuan - 3 (2,488)
WP Putrajaya - 11 (1,471)
Perlis - 3 (381)

Selain itu, Dr Noor Hisham turut memaklumkan butiran lanjut mengenai perangkaan hari ini.
Kes sembuh: 3,454 kes (405,388 kes kumulatif, 91.2%);
Kes baharu: 3,807 kes (444,484 kes kumulatif);
Kes import: 5 kes (2 warganegara, 3 bukan warganegara);
Kes tempatan: 3,802 kes [3,642 warganegara (95.8%); 160 bukan warganegara (4.2%)];
Kes aktif: 37,396 kes;
Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 434 kes;
Kes memerlukan bantuan pernafasan: 224 kes;
Kes kematian: 17 kes (1,700 kes kumulatif, 0.39%; 16 warganegara, 1 bukan warganegara);
Jumlah kluster: 1,807 kluster;
Jumlah kluster baharu: 19 kluster;
Jumlah kluster tamat:1,359 kluster; dan
Jumlah kluster aktif: 448 kluster.

