LKY membela bangsanya...seperti juga Hisham
Naib Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat, Shamsul Iskandar Md Akin berkata, apa yang dilakukan oleh Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew sebenarnya sama dengan apa yang dilakukan oleh Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mempertahankan bangsanya.
Naib Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat, Shamsul Iskandar Md Akin berkata, apa yang dilakukan oleh Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew sebenarnya sama dengan apa yang dilakukan oleh Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mempertahankan bangsanya.
Oleh itu, beliau mempersoalkan mengapa Hishammuddin, yang juga Menteri Pelajaran begitu marah apabila bekas Perdana Menteri Singapura itu berkata kaum Cina di Malaysia telah dipinggirkan?
Sehubungan itu, Shamsul menasihatkan Hishammuddin supaya muhasabah diri sebelum menuding jari kepada orang lain.
"Tidak lama dahulu, Hishammuddin memberitahu kita bahawa bukan satu masalah bagi sesiapa membela bangsanya, walaupun hingga ke peringkat menghunuskan keris atau pedang kung-fu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Shamsul lagi, adalah perkara biasa bagi pemimpin serantau membuat komen mengenai negara lain atas sifat peribadi mereka.
"Pemimpin kita juga selalu mengkritik demokrasi terhad di Singapura dan layanannya terhadap kaum minoriti. Begitu jugalah, ianya bukan sesuatu yang luar biasa bagi pemimpin negara lain menyuarakan rasa tidak senang mereka terhadap dasar-dasar tertentu Malaysia," katanya.
Sentimen perkauman
Tidak kira apakah agenda Lee, Shamsul (foto) berkata para pemimpin Malaysia tidak seharusnya memberi reaksi yang emosional dengan memainkan sentimen perkauman.
Katanya, walaupun sudah empat dekad negara mencapai kemerdekaan, perkara yang paling membimbangkan ialah sebahagian besar rakyat Malaysia masih menganggap diri mereka dipinggirkan.
Malah, katanya, Umno sendiri telah mengakui bahawa orang Melayu di Pulau Pinang merasakan diri mereka telah dipinggirkan oleh pentadbiran negeri itu.
Menurutnya, ramai masyarakat lain turut beranggapan bahawa mereka telah dipinggirkan.
Di samping itu, katanya, terdapat golongan yang terpinggir dari segi sosial dan ekonomi seperti golongan setinggan, orang kurang upaya dan sebagainya.
Shamsul berkata ahli politik Malaysia tidak seharusnya terlalu dihantui oleh kenyataan Lee itu tetapi sebaliknya memberi perhatian kepada usaha untuk menangani masalah tersebut.
"Pemimpin semua parti kerajaan dan pembangkang mempunyai tugas untuk mencari penyelesaian terhadap masalah tersebut. Ini tidak boleh dicapai melalui pendekatan perkauman," tambahnya.
Miskin dan lemah
Sementara itu, Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali berkata memang ada dasar pemerintah yang berasaskan diskriminasi dan juga meminggirkan kaum.
Katanya, walaupun tidak seluruh kaum tetapi yang lebih teruk dipinggir dan tertindas ialah golongan miskin, lemah dan terbiar dari semua kaum.
"Jikalau ditanya jutawan besar bukan Melayu, mereka tidak akan mengatakan mereka terpinggir, bahkan (mereka) sering mendapat bantuan serta kemudahan daripada pihak pemerintah.
"Tetapi mengapakah tidak boleh dilantik tokoh-tokoh akademik bukan Melayu yang ulung sebagai Naib Canselor di universiti awam di negara ini?" soalnya dalam satu kenyataan.
Mengenai kritikan Menteri Mentor Singapura itu, Syed Husin berkata, Lee sepatutnya melihat dan menangani masalah minoriti orang Melayu yang kebanyakannya miskin, tertindas dan terbiar di Singapura. Berita asal


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.