PAS didakwa bawa masuk pengundi hantu ke Parlimen Marang
PAS didakwa membawa masuk "pengundi hantu" ke kawasan Parlimen Marang dan sehubungan itu,Umno Marang mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya mereka ini tidak disenaraikan sebagai pemilih dalam pilihanraya umum akan datang.
PAS didakwa membawa masuk "pengundi hantu" ke kawasan Parlimen Marang dan sehubungan itu,Umno Marang mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya mereka ini tidak disenaraikan sebagai pemilih dalam pilihanraya umum akan datang.
Ketua Umno Bahagian Marang Datuk Abdul Rahman Bakar mendakwa, limpahan "pengundi hantu" itu dikesan hasil pemantauan terhadap daftar pemilih dari semasa ke semasa.
"Kami dapati bilangan pengundi di sesetengah kawasan peti undi semakin bertambah, dan siasatan lanjut mengesahkan sebahagian daripada pengundi baru itu bukan terdiri daripada pemastautin di kawasan Parlimen Marang.
"Mereka juga didapati tidak bekerja di Marang dan tidak mempunyai pertalian keluarga dengan penduduk di kawasan Parlimen itu," katanya dalam satu kenyataan.
Menurut laporan Bernama, Abdul Rahman, yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia dan Ahli Parlimen Marang, berkata sebagai contoh, daftar pemilih yang disahkan pada 16 Mac lalu menunjukkan jumlah pengundi di Rhu Rendang satu daripada kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam kawasan Parlimen Marang adalah 16,220 orang tetapi 310 daripada mereka adalah pengundi yang tidak dikenali dan tidak bermastautin di situ.
Tiga lagi kawasan Dewan Undangan Negeri dalam kawasan Parlimen Marang ialah Alur Limbat, Bukit Payung dan Pengkalan Berangan.
Abdul Rahman berkata, daripada 310 orang itu, 102 adalah dalam kawasan peti undi Kijing, 101 orang di Rusila, 42 orang di Medan Jaya, 24 orang di Seberang Marang, 20 orang di Rhu Muda, 18 orang di Atas Bukit dan tiga orang di Batangan.
"Kita masih menyemak bilangan pengundi hantu di kawasan peti undi Pulau Kerengga, Sentol Patah dan Bandar Marang," katanya.
Abdul Rahman mendakwa faktor pengundi import turut menyumbang kepada kekalahan calon BN kepada PAS di Rhu Rendang pada pilihanraya umum yang lalu.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.