Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
Lagi berita dari pengarang

Tiada "varian Singapura", kata Kementerian Kesihatan negara itu sekali gus menafikan beberapa laporan berita di India yang mengatakan terdapat varian baru di Singapura.

"Strain yang terdapat dalam banyak kes Covid-19 sejak beberapa minggu lalu adalah varian B.1.617.2, berasal dari India. Ujian filogenetik menunjukkan varian B.1.617.2 ini dikaitkan dengan beberapa kluster Singapura.

"Laporan yang dikeluarkan itu tidak benar," kata jurucakap kementerian dalam satu kenyataan lewat malam tadi.

Kementerian itu merujuk laporan Hindustan Times yang memetik Ketua Menteri New Delhi Arvind Kejriwal menerusi berita bertajuk "Coronavirus variant found in Singapore can be India's 3rd wave, extremely dangerous for kids, warns Arvind Kejriwal".

Portal berita India NDTV turut mengeluarkan laporan bertajuk “Stop Singapore Flights: Arvind Kejriwal To Centre Over New Covid Strain”.

Kedua-dua laporan itu diterbitkan pada 18 Mei.

-Bernama

Lihat Komen