Tentera Malaysia ke Lebanon dalam tempoh sebulan ini
Tentera Malaysia akan dihantar ke Lebanon dalam tempoh sebulan ini selepas negara mengesahkan menerima tawaran Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) bagi menyertai misi pengaman sementara (UNIFIL).
Tentera Malaysia akan dihantar ke Lebanon dalam tempoh sebulan ini selepas negara mengesahkan menerima tawaran Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) bagi menyertai misi pengaman sementara (UNIFIL).
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata tentera negara akan ke Lubnan dalam tempoh sebulan ini selepas Malaysia mengesahkan menerima tawaran Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) bagi menyertai Unifel.
"Kita dah hantar jawapan (yang) kita dah terima dan dalam tempoh sebulan ini kita akan aturkan penghantaran," kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Menurut laporan Bernama, Najib yang juga Menteri Pertahanan berkata demikian ketika ditanya perkembangan terbaru mengenai penghantaran tentera Malaysia ke Lebanon.
Sebelum itu, beliau yang juga Menteri Pertahanan merasmikan program anak angkat Yayasan SPSetia di Sekolah Kebangsaan Seri Terentang di Pekan, Pahang hari ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebelum ini berkata Setiausaha Agung PBB Koffi Annan bersetuju Malaysia menghantar 360 anggota tentera untuk menyertai Unifil.
Mengenai penangguhan pemilihan Umno yang sepatutnya diadakan tahun depan, yang mungkin tidak menghalang pihak tertentu terus berkempen, Najib berkata mereka akan berhenti juga (berkempen) akhirnya jika pemilihan tidak diadakan.
"Sebelum ini ada unsur kempen yang sudah bermula jadi kita ambil langkah lebih awal untuk menyekat daripada perkara ini berterusan," katanya.

