Ada ahli kecewa dengan penangguhan pemilihan Umno
Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui bahawa penangguhan pemilihan jawatan penting Umno selepas pilihanraya umum akan datang telah menimbul rasa kecewa di kalangan sesetengah ahli yang berhasrat menawarkan diri untuk bertanding.
Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui bahawa penangguhan pemilihan jawatan penting Umno selepas pilihanraya umum akan datang telah menimbul rasa kecewa di kalangan sesetengah ahli yang berhasrat menawarkan diri untuk bertanding.
Bagaimanapun, katanya, mereka perlu menghormati keputusan Majlis Tertinggi (MT) Umno demi kepentingan Umno.
Menurut laporan Bernama, Muhyiddin menyifatkan keputusan MT itu sebagai amat tepat bagi membolehkan ahli-ahl parti menumpukan tanggungjawab mereka membantu kerajaan membela rakyat di peringkat akar umbi.
"Keputusan pucuk pimpinan perlu dihormati kerana cabaran Umno amat besar, banyak isu perlukan penjelasan.
"Saya rasa keputusan ini tepat untuk membolehkan ahli parti menumpukan soal kerja daripada membuang masa berkempan merebut jawatan.
"Yang penting sekarang ini ahli parti kena beri tumpuan pada soal kerja sama ada mengukuhkan parti atau membantu kerajaan memastikan pelaksanaan projek pembangunan berjalan lancar di peringkat akar umbi," tegasnya.
R
abu lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan bahawa mesyuarat MT memutuskan untuk menangguhkan pemilihan parti sehingga selepas pilihanraya umum akan datang.
Muhyiddin yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata keputusan tersebut juga adalah sebagai satu isyarat kepada ahli-ahli parti supaya mereka bersedia untuk menghadapi pilihanraya umum yang semakin dekat.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.