Polis pukul kami, hingga patah hidung saya
Seorang pengawal keselamatan mendakwa dia telah dipukul dan dipaksa mengaku melakukan kesalahan jenayah mereka tidak dilakukannya oleh pihak polis sewaktu dalam tahanan minggu lalu.
Seorang pengawal keselamatan mendakwa dia telah dipukul dan dipaksa mengaku melakukan kesalahan jenayah mereka tidak dilakukannya oleh pihak polis sewaktu dalam tahanan minggu lalu.
A Steven Raj, 28, membuat dakwaan tersebut dalam laporan polis yang dibuatnya ibupejabat polis Petaling Jaya today.
Menurut peguamnya N Surendran Steven dan pekerja kedai perabot, M Eswaran, 21, didatangi anggota polis berpakain biasa di tempat letak kereta di sebuah pusat membeli-belah di Kelana Jaya dan memeriksa kad pengenalan mereka.
Bagaimanapun, apabila sebilah pisau lipat, pemutar skru dan pita perekat ditemui dalam beg kecil Eswaran, mereka berdua ditahan dan dibawa ke balai polis Kelana Jaya di mana mereka didakwa dipukul.
Menurut laporan tersebut, Steven mendakwa enam anggota polis berpakaian biasa masuk ke bilik dia ditahan dan memukulnya serta rakannya itu.
Katanya, dia ditumbuk dan disepak di bahagian hidung dengan kasut oleh salah seorang pegawai sehingga berdarah.
Menurut laporan polis itu, selepas dibebaskan (dengan ikatjamin) pada 29 September, Steven mendakwa doktor memberitahu hidungnya patah. Dia juga mendakwa dipukul dengan paip getah.
Laporan itu juga mendakwa Steven melihat Eswaran digari di lantai serta turut dipijak dan disepak.
Reman bersiri
Steven ditemani peguamnya, Surendran dan P Uthayakumar (foto). Turut hadir ialah Naib Ketua Angkatan Muda, Parti Keadilan Rakyat (PKR), S Manikavasagam dan Ketua Penerangan PKR Kota Raja, Razak Ismail serta Penyelaras Badan Pemantau Polis, V Chandran.
Steven dan Eswaran telah dihadapkan ke mahkamah semalam atas tuduhan berkaitan dengan rompakan, tetapi dibebaskan dengan ikatjamin. Bagaimanapun, kata Surendran, Eswaran telah ditahan semula dan tidak diketahui di mana dia sekarang.
Menurut peguam itu lagi, Steven tidak mempunyai sebarang rekod polis.
Sebelum itu, ketika bercakap kepada pemberita, Uthayakumar mempersoalkan mengapa pihak polis menangkap semula Eswaran, memandangkan mereka sudah menahannya selama sembilan hari untuk melakukan siasatan sebelum dia didakwa di mahkamah.
"Mereka mempunyai sembilan hari. Satu-satu sebab mengapa mereka menangkapnya semula ialah supaya lukanya sembuh," kata Uthayakumar sambil menambah luka tersebut telah ditunjukkan kepada majistret semalam.
Uthayakumar juga turut menyentuh tentang 'reman bersiri' yang masih berterusan. Mengikut sistem tersebut, tahanan boleh direman untuk tempoh maksimum 14 hari di balai polis yang berlainan yang boleh berterusan tanpa memberinya peluang untuk membuktikan dia tidak bersalah. Berita asal


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.