PM: Lewat bayar boleh cetus perasaan marah pada kjaan
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata beliau tidak mahu sebarang kelewatan melunaskan bayaran kepada kontraktor dan pembekal perkhidmatan, akan membawa kepada perasaan marah kepada kerajaan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata beliau tidak mahu sebarang kelewatan melunaskan bayaran kepada kontraktor dan pembekal perkhidmatan, akan membawa kepada perasaan marah kepada kerajaan.
Berikutan itu, beliau mengarahkan agensi pusat seperti Unit Perancang Ekonomi dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan supaya mengingatkan jabatan dan agensi kerajaan supaya menyegerakan bayaran kepada mereka yang terbabit.
"Berilah bayaran sebagaimana yang mana mereka harapkan. Jangan lengahkan.
"Kita tidak mahu nanti banyak sangat bil yang kita tak bayar," katanya pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya hari ini.
Menurut laporan Bernama, Perdana Menteri menekankan bahawa bayaran perlu dibuat bagi segala perkhidmatan dan bekalan yang diberikan kepada kerajaan memandangkan wujud kontrak antara pihak berkaitan.
Jangan membazir
Jika kontraktor tidak dibayar, katanya, banyak pihak akan terjejas termasuk pekerja dan juga bank yang mengeluarkan pinjaman.
"Pihak pembekal yang membekalkan barang keperluan pembangunan pun tentu juga lambat mendapat bayaran. Jadi ia berkait-kait. Dan ini boleh menyebabkan timbul rasa tak senang hati, mungkin kemarahan kepada kita (kerajaan)," jelas Abdullah.
Sementara itu, Perdana Menteri juga mahu umat Islam bijak berbelanja dan mengelak pembaziran di bulan Ramadan.
"Saya harap semua orang Islam pastikan mereka tidak boros dalam perbelanjaan dan tidak membazir dalam menyediakan makanan di bulan Ramadan ini," katanya.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.