Pergerakan Rajah Solaiman, ancaman pengganas baru, kata pakar
Pakar-pakar aktiviti pengganas mendakwa satu kumpulan saudara baru yang menjadi kumpulan radikal Islam Pergerakan Rajah Solaiman muncul sebagai ancaman utama keganasan di Asia Tenggara.
Pakar-pakar aktiviti pengganas mendakwa satu kumpulan saudara baru yang menjadi kumpulan radikal Islam Pergerakan Rajah Solaiman muncul sebagai ancaman utama keganasan di Asia Tenggara.
Kumpulan bekas penganut agama Kristian itu berpengkalan di Filipina dan dipercayai sedang bekerjasama dengan kumpulan yang mempunyai kaitan dengan pergerakan Al-Qaeda, merancang untuk menyerang beberapa sasaran barat dan tempatan, lapor akhbar The Australian .
Akhbar itu melaporkan, pergerakan tersebut mengambil sempena nama raja Filipina pada abad ke-16, seorang Muslim yang merupakan monarki tempatan yang terakhir sebelum dijajah oleh Sepanyol.
The Australian memetik Setiausaha Rendah Pertahanan Filipina Ricardo Blancaflor sebagai berkata, kumpulan Rajah Solaiman itu bersembunyi di selatan negara, menjalankan latihan bersama dan merancang serangan ganas bersama dengan kumpulan Jemaah Islamiah (JI) dan Abu Sayyaf, yang mempunyai kaitan dengan Al-Qaeda.
Menurut laporan Bernama, Blancaflor mendakwa, Rajah Solaiman adalah satu "kes keganasan tempatan" yang boleh disamakan dengan masalah Australia berhubung kegiatan kumpulan kecil ekstremis dari kalangan pandatang Muslim Lebanon.
'Laksana arahan JI'
"Pengganas tempatan ini adalah utusan kebencian bencikan Barat dan Kristian. Kita perlu faham bahawa keganasan hari ini melampaui Al-Qaeda, ia tidak mempunyai sempadan dan tiada had geografi," katanya dalam laporan akhbar tersebut.
Sehubungan itu, beliau menggesa Australia supaya menyokong Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menyenaraihitamkan kumpulan baru itu.
Menurut akhbar itu lagi, kumpulan tersebut difahamkan telah melaksanakan arahan JI meletupkan SuperFerry Filipina, yang membunuh 116 orang pada 2004, kes serangan pengganas yang kedua terburuk di Asia Tenggara selepas pengeboman Bali 2002.
Pihak berkuasa Australia berkata ia membawa ancaman hebat, bukan sahaja kepada kepentingan Filipina, tetapi juga kepentingan barat di luar negara dari kedutaan asing kepada pusat membeli belah, feri penumpang dan kelab-kelab malam yang popular di kalangan pelancong barat.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.