Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Berenang dengan ‘buaya’ - Wan Fayhsal ikrar akan siasat
Diterbitkan:  May 25, 2021 6:36 PM
Dikemaskini: 10:48 AM

  • Dikemas kini dengan laporan penuh.

Wan Ahmad Fayhsal Ahmad Kamal berkata dia memandang serius pendedahan atlet renang Cindy Ong terhadap gangguan seksual yang dihadapinya termasuk daripada jurulatih kebangsaan ketika remaja.

Berkata perkara itu akan disiasat, timbalan menteri belia dan sukan berkata Ong atau atlet lain boleh terus berjumpa terus dengannya.

“...pintu terbuka,” katanya.

Dalam wawancara dengan Malaysiakini yang disiarkan pagi ini, Ong mendedahkan dia menghadapi gangguan dan serangan seksual bertahun-tahun, termasuk daripada jurulatih kebangsaan ketika masih remaja.

Dalam satu kejadian di keluar negara ketika dia masih seorang remaja yang naif, Ong berkata seorang jurulatih menyentuh payudaranya.

Ong juga berkata terdapat ahli politik negara ini yang menawarkan sejumlah wang bagi mendapatkan seks daripadanya.

Seorang lagi bekas perenang yang enggan namanya disiarkan memberitahu Malaysiakini bahawa dia pernah melihat seorang jurulatih beronani di hadapan seorang perenang ketika perenang lelaki itu berpura-pura tidur kerana takut.

Malaysiakini telah menghubungi Majlis Sukan Negara untuk mendapatkan komen.

Wan Ahmad Fayhsal Ahmad Kamal

Menulis di Twitter petang ini, Fayhsal berkata dia tidak akan berkompromi terhadap sebarang salah laku kerana ia menjejaskan imej negara.

Dia juga berikrar akan menjadikan kebajikan dan keselamatan atlet sebagai keutamaan.

Lihat Komen
ADS