story image
mk-logo
Berita
Lim: Saya kagum dengan Azalina, tapi kecewa dengan Azhar
Diterbitkan:  May 27, 2021 8:54 AM
Dikemaskini: 8:58 AM

Veteran berpengaruh DAP Lim Kit Siang hari ini menyatakan rasa kagumnya terhadap Timbalan Speaker Dewan Rakyat Azalina Othman Said kerana menggesa parlimen kembali bersidang.

Lim malah berkata anggota parlimen Pengerang daripada Umno itu layak menjadi speaker, jawatan yang kini disandang oleh bekas pengamal undang-undang Azhar Azizan Harun.

Lim juga berkata Azhar telah “gagal mempertahankan hak, kuasa, dan kedudukan parlimen” yang termaktub dalam perlembagaan.

Dakwanya, Azhar gagal menjadi pembela demokrasi berparlimen di negara ini.

“Yang Di Pertua Dewan Rakyat sepatutnya menunjukkan kepimpinan dalam mempertahankan hak, kuasa, dan keistimewaan parlimen daripada dihakis oleh pihak eksekutif memandangkan perlembagaan kita didasarkan kepada doktrin pemisahan kuasa - tidak ada mana-mana cabang kerajaan boleh mengganggu atau menghakis kuasa dan hak-hak cabang kerajaan yang lain.” katanya.

Azalina pagi tadi mencadangkan Dewan Rakyat kembali bersidang kerana ia “satu-satunya cara untuk Malaysia melangkah ke depan” bagi menangani Covid-19.

Bagaimanapun bagi mengelakkan “drama yang tidak diingini” dia mencadangkan tiada usul undi tidak percaya dibawa sehinggalah pandemik berjaya dikawal dan imuniti kelompak mencapai tahap 50 peratus.

Dia juga mencadangkan pilihan raya tidak dilangsungkan dan pembentukan kerajaan darurat sementara dengan kabinet daripada seluruh parti politik.

Dalam kenyataan hari ini, Lim juga memetik kenyataan Azalina bahawa Ketua Pengarah Kesihatan Noor Hisham Abdullah tidak mempunyai sebarang bantahan untuk memanggil semula sidang parlimen.

“Jadi, apakah lagi alasan saintifik perdana menteri terus menolak usaha untuk membuka semula sidang parlimen?” katanya.

Lihat Komen (0)
ADS
Paling Popular
Terkini
ADS