11 kawasan catat IPU tidak sihat
Sehingga jam 11 pagi tadi, sebanyak 11 kawasan di negara ini mencatat Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat antara 101 hingga 200 berbanding hanya lapan pada jam 5 petang semalam.
Sehingga jam 11 pagi tadi, sebanyak 11 kawasan di negara ini mencatat Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat antara 101 hingga 200 berbanding hanya lapan pada jam 5 petang semalam.
Jabatan Alam Sekitar menerusi lamanwebnya melaporkan 27 kawasan mencatat tahap IPU sederhana (51-100) berbanding 20 semalam dan 13 baik (0-50) berbanding 23.
Daripada 11 kawasan tidak sihat itu, lapan di Sarawak dengan Petrajaya mencatat IPU tertinggi iaitu 187, diikuti Samarahan (177), Kuching (171), Sri Aman (167), Sarikei (136), Sibu (135), Bintulu (123) dan Miri (103).
Menurut laporan Bernama, tiga kawasan lagi ialah satu di Sabah iaitu Tawau (133) dan dua di Negeri Sembilan iaitu Nilai (109) dan Seremban (107) yang mencatat peningkatan ketara berbanding IPU semalam.
Nilai dan Seremban serta Samarahan diklasifikasikan sebagai sederhana pada pukul 5 petang semalam.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.